Sepasukan doktor membuang sebahagian usus seorang lelaki berusia 22 tahun di China kerana mengandungi 12.7 kilogram najis yang tersumbat dalam ususnya dipercayai bermula sejak lelaki itu masih bayi.
Pakar bedah di Tenth People’s Hospital di Shanghai, China, terpaksa membuang ususnya sepanjang 76 sentimeter yang membesar menyebabkan perutnya buncit seperti wanita sarat mengandung.
Menurut laporan Inverse Science, doktor percaya lelaki itu menghidap penyakit Hirschsprung yang menyebabkan usus besar membengkak kerana saraf yang mengawal pembuangan najis tiada.
Pesakit itu menyatakan dia sering mengalami sembelit dan terpaksa menggunakan julap bagi membuang air besar namun masalah dihadapinya berterusan lalu memutuskan membuat pemeriksaan di hospital.
Ujian mendapati najis lelaki itu terkumpul sejak bertahun-tahun menyebabkan ususnya bengkak dan perut buncit.
Dr Yin Lu yang mengetuai pembedahan itu berkata, pasukannya mengambil masa tiga jam untuk memotong dan membuang usus yang bengkak itu sebelum menyambung kembali baki usus besar.
Penyakit Hirschsprung biasanya dihidap seorang bagi setiap 5,000 bayi dan ia amat jarang berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bagi bayi, antara tanda-tandanya ialah tidak membuang air besar dalam masa 48 jam selepas dilahirkan selain perut bengkak, cirit-birit dan muntah hijau.
Ads
Dalam banyak kes, terdapat panduan mudah yang boleh membantu mengurangkan masalah sembelit seperti:
– Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buah segar dan sayuran.
– Minum banyak air.
– Lakukan senaman secara berkala.
– Jangan menahan atau menangguhkan jika mahu membuang air besar.
– Tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
Ads
– Sekiranya tabiat membuang air besar berubah, dapatkan pemeriksaan doktor.
MITOS MENGENAI LAKSATIF DAN SEMBELIT
Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.
Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat.
Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu
yang mengalami sembelit serius.
Ads
Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.
Fakta: Tiada bukti
yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.
Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.
Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.
Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.
Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.
Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali gus menyebabkan sembelit.
Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.
Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.
Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.
Fakta: Walaupun sesetengah invidiu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan.
Sumber : Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kekangan masa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kamu sering lupa sehingga melakukan perkara yang membahayakan kesihatan terutamanya selepas kamu makan. Ini antara perkara yang boleh kamu elakkan selepas makan.
1. Mandi
Apabila kamu mandi, suhu badan akan meningkat dan tubuh akan menghantar darah lebih sedikit daripada biasa kepada kulit. Keadaan ini boleh mengganggu sistem pencernaan dan metabolisme. Waktu terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
2. Tidur
Tidur dengan perut yang penuh tidak elok kerana ia akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa dan asid yang tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko strok. Sebaiknya, tidur dua jam selepas makan.
3. Bersenam
Seeloknya kamu tidak perlu bersenam selepas makan kerana ia akan membawa keadaan yang tidak selesa seperti tersedu dan loya. Lebih serius lagi, ia akan meningkatkan risiko trauma dan sawan. Jika kamu sudah gian sangat untuk bersenam, dua jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
4. Merokok
Hampir semua sistem di dalam badan digunakan sewaktu proses pencernaan aktif. Jika kamu merokok, nikotin akan diserap yang memberi kesan berbahaya. Tembakau jika akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium dan vitamin C dan D. Lebih baik jika kamu langsung tidak merokok tetapi jika kamu masih ingin merokok, sebaiknya 20 minit selepas makan.
5. Minum teh
Sesetengah individu akan minum teh selepas makan. Namun, minuman ini sebenarnya akan mengganggu penyerapan iron dan mineral yang mempunyai peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah kekurangan iron tidak digalakkan minum teh dalam masa satu jam selepas makan. Lebih baik kamu minum kopi atau ambil sahaja segelas air putih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang
belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.’
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten. Caranya ialah dengan jaga pemakanan!
Makan bukan sebarang makan. Makanan untuk menghilangkan perut buncit secara pantas adalah seperti di bawah ini:
1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisma tubuh.
2. Minum Banyak Air putih
Setiap kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk
membantu membakar kalori dalam tubuh.
3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan
masin yang berkumpul pada bahagian perut.
4. Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.
Apalagi yang ditunggu? Petua dah bagi. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan membiarkan kelesuan membataskan aktiviti harian hidup anda – caranya adalah dengan menambahkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menambahkan tenaga anda dan menjadikan anda lebih cergas.
Aktifkan diri anda dengan menggalakkan pengambilan beberapa makanan seperti yang telah disenaraikan dibawah.
1. Makanan Berasaskan Oat
Pengambilan makanan oat adalah sangat baik untuk kesihatan kerana ianya amat kaya dengan jumlah serat dan protein yang sihat untuk diri anda.
Makanan berasaskan oat ini kebiasaannya diambil ketika bersarapan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang hari.
2. Ikan Salmon
Pengambilan ikan salmon ini adalah digalakkan kerana ia memiliki dos protein yang menggalakkan metabolisma pada kandungan yang sempurna.
Oleh kerana ia mampu mempercepatkan proses metabolisma, maka ia juga boleh membantu anda untuk terus kekal lebih bertenaga.
3. Kacang Almond
Makanan seperti kacang almod ini adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia memiliki khasiat magnesium yang boleh membantu menukarkan gula kepada tenaga.
Protein dan serat yang dimilikinya itu boleh membantu mengekalkan tenaga dengan lebih berkesan.
4. Beri Biru
Memiliki kadar antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan wujudnya rasa letih di dalam badan.
Ia juga boleh menjadi sumber tenaga berasaskan karbohidrat tanpa perlu menambahkan lebih gula.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua...