
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang pelbagai karenah selebriti tanah airdan antarabangsa dapat kita saksikan di laman media sosial.
Ada yang bersenam, ada yang melayan tarian Tik Tok dan tidakkurang juga meluangkan masa dengan berkarya sama ada dari segi penulisan atau mencipta lagu.
Itulah yang dilakukan oleh dua penyanyi muda lelaki paling popular di negara kita sekarang iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Mereka berdua telah mengeluarkan sebuah lagu yang unik berjudul ‘COVID-19’.
Menariknya, lagu tersebut dicipta oleh mereka dalam tempoh 24 jam sahaja. Lagu tersebut di muat naik ke laman YouTube Ismail Izzani pada 22 Mac lalu dan kini telah mencatatkan sebanyak 60 ribu views. Malah rakaman video di dalam muzik video ini mamaparkan di sebalik tabir bagaimana mereka menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh PKP.
Memetik laporan Berita Harian, Naim Daniel menjelaskan bahawa lagu yang dihasilkan bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahaya virus tersebut merupakan cetusan idea Ismail.
Jelasnya, tiada sebarang niat untuk meraih keuntungan melainkan memberi kesedaran terhadap masyarakat.
Lagu tersebut dikatakan terhasil secara tak sengaja sewaktu Ismail muncul live di Instagram.
Naim Daniel yang juga juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 dan bakal muncul sebagai back cover majalah MASKULIN isu April 2020 berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu diisi dengan seuatu yang bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi masyarakat.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim dan Ismail kerana peka dan kreatif dalam menyampaikan mesej yang sangat penting tatkala negara berdepan krisis seperti sekarang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
15 Sukan Ekstrem Yang Mustahil Ada Dekat Malaysia! Mana Satu Paling Teringin Nak Buat?

15 XTVT PALING EKSTREM!
Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti ekstrem, terdapat banyak aktiviti lebih menarik yang boleh anda terokai di seluruh dunia. Setiap satunya bakal menguji ketahanan fizikal dan mental, malah kadangkala tidak masuk akal. Ayuh, pilih mana satu daripada 15 aktiviti ini mahu anda cuba?.
SKI HELIKOPTER (Gunung Chugach, Alaska)
Seperti luncur ais, peserta harus menaiki helikopter dan melompat keluar sewaktu berada di atas puncak tertinggi gunung. Namun ia memerlukan peserta untuk menyertai kelas teknik asas meluncur dari helikopter bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
LUNCUR GUNUNG BERAPI (Nicaragua)
Para peserta akan menggunakan papan luncur dan meluncur daripada puncak tertinggi gunung berapi. Daya graviti yang kuat mampu menolak peluncur sehingga kelajuan 90 kilometer sejam dan peluncur hanya menggunakan tumit kaki untuk memperlahankan papan luncur.
3. SKYWALK (China)
Laluan pejalan kaki ini dipasang pada lereng gunung Tianmen di Hunan, China. Pengunjung berpeluang untuk melihat dengan jelas pandangan 4000 kaki ke bawah gunung menerusi lantai kaca.
4.MENGEJAR PUTTING BELIUNG (Amerika Syarikat)
Beberapa agensi pelancongan di US menjadikan aktiviti sebagai tarikan utama. Lawatan mengejar puting beliung mengambil masa enam hari dan peserta akan dibawa mengikuti laluan ribut tersebut demi mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
5. SANGKAR MAUT (Australia)
Sangkar kaca yang boleh menempatkan dua orang peserta ini akan ditenggelamkan ke dalam kolam yang dipenuhi buaya air masin. Kebanyakan peserta tidak mampu untuk bertahan lebih daripada sepuluh minit kerana buaya yang dibiarkan dalam keadaan kelaparan akan menyerang sangkar tersebut dengan kuat.
- LOMPATAN BUNGEE TERTINGGI DUNIA (Macau)
Lompatan Bugee dari menara Macau ini direkodkan sebagai lompatan tertinggi di dunia berikutan ketinggiannya iaitu 223 meter dan kelajuan terjunan boleh mencecah sehingga 220 kilometer sejam.
- JURUTERBANG JET SEHARI (Amerika Syarikat)
Sebuah syarikat penerbangan di Switzerland memberi peluang kepada peserta untuk menerbangkan pesawat MiG-29, L-39 Albatross dan Hawker Hunter. Namun, peserta harus mengikuti kursus terlebuh dahulu sebelum dibenarkan berlepas.
- ZAPCAT POWERBOATING (United Kingdom)
Bot angin yang dilengkapi enjin berkuasa ini dibina untuk mereka yang gemar kelasakan dan kelajuan. Bot yang dipandu laju itu akan meredah ombak dan terapung seketika di udara membuatkan peserta terlompat.
- 9. BOSSABALL(Brazil)
Bossaball adalah sukan gabungan antara bola sepak, bola tampar, gimnastik dan capoeira. Ia dimainkan di atas trampolin besar dan para peserta perlu melompat tinggi bagi melontarkan bola ke pasukan lawan. Sukan ini telah mendapat perhatian yang meluas di seluruh Brazil.
- TUNGGANG LEMBU (Mexico)
Para peserta akan diberi peluang untuk menunggang lembu jantan matang dan perlu bertahan di atas lembu tersebut selama mampu. Sukan ini memerlukan konsentrasi tinggi bagi mengelakkan kesilapan langkah yang mampu membawa kepada kecederaan parah.
- MENDAKI AIS (Amerika Syarikat)
Sering kali kita dengan tentang sukan memanjat batu namun mendaki ais lebih sukar kerana ia memerlukan skil dan konsentrasi tinggi bagi memilih jejak selamat. Faktor ais yang tidak kukuh sering menyumbang pada peningkatan angka kematian.
- WING WALKING (United Kingdom)
Aktiviti ini memerlukan peserta untuk berjalan dari penghujung sayap ke satu lagi penghujung sayap pesawat. Dengan kelajuan 220 kilometer sejam di udara, ia nyata memberikan cabaran yang tidak dapat dilupakan.
- MANDI AIS (Finland)
Di Finland, aktiviti mandi ais sudah menjadi popular. Selain mampu mencabar diri melawan rasa sejuk, aktiviti ini juga dikatakan boleh meningkatkan daya ketahanan diri.
- WINGSUIT FLYING JUMP (Norway)
. Amat mencabar kekuatan fizikal dan mental. Peserta akan terapung di udara seolah-olah seperti gaya tupai terbang dari pokok ke pokok buat seketika sebelum tiba di paras ketinggian yang memerlukan peserta untuk membuka payung terjun.
- HIGHLINING (Australia)
Sukan yang memerlukan peserta untuk berjalan di atas tali antara dua tebing bukit tinggi. Walaupun menggunakan peralatan keselamatan seperti tali pengikat badan, namun perasaan gerun tetap ada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bagai Merentas Masa, Butterfingers Hadirkan Nostalgia Buat Peminat Setia Di Konsert Malayneum 23

Tanyalah mana-mana lelaki yang meminati muzik rock yang kini berusia 30-an dan 40-an tentang band Butterfingers, MASKULIN yakin mereka akan kenal.
Butterfingers merupakan salah sebuah band yang muncul dari era underground pada penghujung tahun 1990-an ketika muzik grunge menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan Butterfingers merupakan salah sebuah band yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam scene underground atau indie di Malaysia.
Pada awal kemunculan, muzik Butterfingers memang cukup kuat dengan pengaruh bunyian dari Seattle. Namun lama kelamaan mereka mula menemui hala tuju bunyi sendiri dengan dikepalai oleh Emmet dan Loque, Butterfingers mula mengadunkan muzik Melayu dan Nusantara ke dalam karya mereka.
Selepas kali terakhir melakukan konsert pada tahun 2019, Butterfingers hadir sekali lagi melepaskan kerinduan peminat mereka dengan konsert ‘Malayneum 23’.
Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert ini berlangsung pada Sabtu lalu dengan kira-kira 6,000 peminat setianya membanjiri segenap ruang stadium tertutup tersebut.
MASKULIN tiba di lokasi pada kira-kira jam 8 malam. Ketika ini suasana masih tenang dan kelihatan ramai juga yang beratur di khemah yang menjual barangan rasmi Butterfingers. Memasuki ruang stadium satu perkara yang cukup jelas adalah rata-rata yang hadir berusia penghujung 30-an dan juga 40-an.
Ternyata ia bukan sekadar konsert tetapi turut menjadi acara gathering atau pertemuan semula rakan-rakan lama. Inilah salah satu perkara yang menarik wujud dalam scene peminat muzik seperti ini.
Selepas resah menantikan kemunculan Butterfingers yang selang-seli ‘dijamu’ dengan himpunan video artistik menarik, mereka akhirnya muncul di pentas kira-kira pada jam 8:45 malam dengan membawakan lagu ‘Malayneum’. Sorakan gemuruh disambut peminat yang jelas kelihatan cukup merindui persembahan grup dianggotai oleh Emmet, Loque, Kadak dan Loco tersebut.
Persembahan diteruskan tanpa sebaran bicara dengan tiga bauah lagu iaitu ‘No One Else’, ‘Antidotes’ dan ‘State of Abysmal’. Selesai dengan tiga lagu ini, pemetik gitar legenda mereka Loque mengambil peluang untuk bertanyakan khabar. Begitu juga dengan Emmet yang walaupun sudah menginjak usia namun tetap memberikan yang terbaik.
Konsert kali ini juga nampak jauh lebih baik dengan yang terdahulu walaupun kadangkala bunyi dari gitar Loque agak bingit, namun ia masih dalam keadaan terkawal. Begitulah muzik Butterfingers, ada ‘chaos’ dalam seni artistik mereka tersendiri.
Sorakan paling kuat diterima Butterfingers apabila mereka hadir membawakan lagu-lagu dari tiga album penuh terawal mereka iaitu ‘1.2 Milligrams’, ‘Butter Worth Pushful’ dan juga ‘Transcendence’.
Lagu-lagu seperti ‘Ugly’, ‘Royal Jelly’, ‘The Chemistry’, ‘Epitome’, ‘Garden City Of Light’, ‘E’, ‘Wer Blanket’ dan lagu instrumental yang cukup ikonik, ‘Viopipe’ merupakan melodi-melodi yang bagaikan membawa penonton menelusuri nostalgia masing-masing.
Persembahan Butterfingers dengan lagu-lagu dari album selepas itu juga tidak kurang hebatnya. Seleksi lagu-lagu dari album ‘Malayneum’ sebagai contohnya menonjolkan keupayaaan dan kebolehan mereka yang berbeza.
Di antara persembahan yang menarik perhatian MASKULIN ialah menerusi lagu ‘Sad Sunday’, To Gather’, Suddenly’, ‘Mating Season’ dan ‘Floating in a Vacuum’.
Konsert ‘Butterfingers Malayneum 23’ berakhir pada kira-kira jam 12 tengah malam itu dengan dengan ‘encore’ menerusi lagu ‘Jump And Dive’ dan ‘Tahun 2001’.
MASKULIN difahamkan turut hadir di konsert tersebut ialah peminat setia Butterfingers yang juga penyampai radio Hot FM dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Tahniah buat Butterfingers di atas kejayaan penganjuran konsert ini. Semoga akan ada lagi konsert yang menarik dari mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
8 Simptom Masalah Buah Pinggang, Salah Satunya Kerap Ke Tandas

Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 26 juta orang dewasa yang hidup dengan penyakit buah pinggang. Mirisnya, hampir 90 peratus daripada mereka tidak tahu tanda-tanda penyakit buah pinggang. Ini kerana orang yang mempunyai penyakit buah pinggang cenderung untuk tidak mengalami simptom sehingga peringkat yang paling teruk. Berikut adalah tanda-tanda yang membolehkan anda mempunyai penyakit buah pinggang.
LELAH DAN SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN
Penurunan yang teruk dalam fungsi buah pinggang boleh membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah. Ini akan membawa kepada kelemahan sistem imun. Anda akan berasa lebih letih, lemah, dan kesukaran menumpukan perhatian. Bukan itu sahaja, penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan anda mengalami anemia yang boleh menyebabkan kelemahan dan keletihan.
KESUKARAN TIDUR
Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, toksin akan berterusan dalam darah. Ia boleh membuat ia sukar untuk tidur. penyakit buah pinggang mempunyai hubungan antara obesiti dan penyakit buah pinggang kronik, sleep apnea walaupun menjadi lebih biasa di kalangan orang yang mengalami penyakit ini.
KULIT KERING DAN GATAL
Buah pinggang yang sihat boleh bekerja menghapuskan sisa dan cecair tambahan dari tubuh anda, membantu membuat sel-sel darah merah, mengekalkan tulang yang kuat, dan bekerja untuk mengekalkan jumlah yang betul mineral dalam darah.
Kulit kering dan gatal boleh menjadi tanda penyakit kekurangan mineral. Apabila buah pinggang tidak lagi mampu untuk mengekalkan keseimbangan yang betul mineral dan nutrien dalam darah, makan akan mengalami kulit kering anda.
MEMBUANG AIR KECIL LEBIH KERAP
Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang. Apabila penapis buah pinggang rosak, boleh menyebabkan keinginan meningkat untuk membuang air kecil. kerap membuang air kecil juga boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.
KENCING BERDARAH
Buah pinggang yang sihat adalah buah pinggang yang boleh menjaga sel-sel darah dalam badan semasa buangan penapis daripada darah untuk membuat air kencing. Walau bagaimanapun, apabila buah pinggang rosak, sel-sel darah boleh “kebocoran” keluar ke dalam air kencing. Selain tanda-tanda penyakit buah pinggang, air kencing berdarah juga boleh menjadi petanda tumor, batu karang, atau jangkitan.
BENGKAK SEKELILING MATA
Protein dalam air kencing adalah tanda awal bahawa buah pinggang telah penapis yang membolehkan kebocoran protein ke dalam air kencing yang rosak. Bengkak di sekeliling mata anda boleh disebabkan oleh beberapa protein dalam kebocoran air kencing.
PERGELANGAN KAKI BENGKAK
Tanda tanda sakit buah pinggang juga boleh anda tengok pada pergelangan kaki dan kaki yang mengalami bengkak. Fungsi buah pinggang boleh mengurangkan menyebabkan pengekalan natrium, menyebabkan bengkak di kaki dan buku lali. Bengkak di bahagian kaki yang lebih rendah juga boleh menjadi tanda penyakit jantung, penyakit hati, dan masalah vena kaki kronik.
SELERA MAKAN YANG BURUK
Ini adalah tanda sakit ginjal yang paling biasa. Tetapi toksin yang terhasil daripada fungsi buah pinggang menurun boleh menjadi salah satu sebab.
FAHAMI TANDA-TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
Ketidakseimbangan elektrolit dan kekejangan boleh disebabkan oleh fungsi buah pinggang terjejas. tahap kalsium yang rendah boleh menyebabkan kekejangan otot. (sumber:adasehat.net)
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh dibuat berguna untuk mengubati batu karang dan jangkitan buah pinggang
- GUNAKAN GINGER UNTUK MEMAMPATKAN KULIT DI SEKITAR SAKIT BUAH PINGGANG
- Rebus halia yang telah dibersihkan sehingga mendidih.
- Masak sehingga air menjadi sedikit dan kemudian balut dalam kain kasa atau sapu tangan nipis.
- kemudian letakkan kepada buah pinggang yang berpenyakit. Lakukan ini berulang kali sehingga kesakitan benar-benar hilang. Di sekeliling buah pinggang akan terasa panas dan badan menjadi lebih selesa.
- PENYEMBUHAN JANGKITAN BUAH PINGGANG DAN RAWATAN BATU KARANG DENGAN TEH HALIA
Bagaimana untuk membuat teh halia sendiri di rumah, iaitu:
- Ambil 1 sudu teh halia
- 1/4 sudu serbuk kunyit
- Madu, santan, air dan susu untuk rasa
Halia dan serbuk kunyit direbus dalam air mendidih dan kemudian campuran santan dan sedikit madu dan kacau berterusan sehingga seragam selepas 10 minit dan angkat dan biarkan sehingga menjadi suam dan tambah susu secukup rasa kemudian minum dua kali sehari atau setiap hari untuk buah pinggang yang masih merasakan kesakitan akibat jangkitan. Keberkesanan halia juga boleh membubarkan batu karang secara beransur-ansur. Jika kerap minum batu karang akan pecah dengan sendirinya.
Halia mempunyai agen anti-virus dan anti-radang yang boleh membubarkan batu karang masih kecil dengan cepat dan dapat mengurangkan kesan kehangatan kesakitannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI