Naik Turun Tangga, Senaman Terbaik Buat Warga Tinggal Di Flat & Apartmen

Share

Tidak dinafikan ramai warga bandar khususnya sangat sibuk dengan pelbagai urusan kerja, keluarga dan luaran sehingga tiada masa untuk bersenam. Ini terutamanya bagi yang tinggal di rumah flat atau apartmen, tidak punya ruang untuk bersenam. Tapi sebenarnya jika naik dan turun tangga ia juga boleh dijadikan rutin senaman yang baik.

Mungkin bagi orang yang hidupnya lebih senang dan mampu boleh melakukan senaman di gimnasium dengan menjadi ahli pusat senaman seperti itu. Atau tinggal di kondominium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Namun bagi yang tinggal di flat dan apartmen, kemudahan seperti itu bukanlah satu perkara yang ada dalam kehidupan seharian.

Usah risau kerana selagi ada kemahuan di situ ada jalan!

MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr. Kamarul Ariffi Nor Sadan, doktor yang cukup berpengaruh di laman media sosial berkongsi tentang kelebihan naik dan turun tangga sebagai senaman.

Foto: freepik – www.freepik.com

Jelasnya, memanjat tangga sebenarnya diklasifikasikan sebagai senaman berat. Jika diamalkan boleh membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding melakukan aktiviti larian.

Ia juga merupakan bentuk senaman yang sesuai terutamanya buat warga bandar yang sentiasa kesuntukan masa atau tiada tempat beriadah.

Apatah lagi sekarang di musim pandemik yang boleh mendedahkan risiko kepada penularan.

Berikut merupakan beberapa kelebihan lain melakukan senaman atau memanjat tangga.

KELEBIHANNYA

  • tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
  • boleh dilakukan di tempat kerja dan tidak kelihatan janggal. Takkanlah pula anda nak buang tabiat dengan sentiasa berlari-lari anak di tempat kerja.
  • lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif terutamanya bangunan tempat kerja atau kediaman mempunyai 5 tingkat atau kurang.
  • memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar 7 kali lebih kalori daripada guna lif.

BACA: 7 Kesalahan Utama Orang Lakukan Ketika Plank

  • Bila memanjat 20 anak tangga, anda membakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
  • Semasa menuruni 20 anak tangga pula anda boleh membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
  • Walaupun menuruni tangga kurang membakar kalori berbanding memanjat namun ia menguatkan otot kaki dan paha.
  • Apabila memanjat tangga anda membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
Foto: ArthurHidden – www.freepik.com
  • Tapi tahukah anda dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
  • Naik tangga dalam tempoh 7 hingga 10 minit sehari mampu merendahkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
  • Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
  • Aktiviti memanjat dan menuruni anak tangga juga sangat mesra alam dan menjimatkan penggunaan tenaga operasi lif.

Buat anda yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium sekali pun boleh cuba lakukan amalan memanjat tangga. Tiada alasan untuk tidak bersenam!

Subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim