Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana dalam tempoh kurang dari sembilan jam, model sekian lama dinantikan Myvi serba baharu akan dilancarkan ke pasaran tempatan. Untuk makluman, lokasi pelancaran akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Minggu lalu pihak Perodua membuka tempahan model Myvi dan selama seminggu khabarnya pihak Perodua menerima kira-kira 3,000 unit (sehingga 12 tengah ari hari ini) tempahan Myvi baharu. Untuk mengetahui jumlah tempahan lebih tepat nantikan sidang akhbar pada hari pelancaran.
Myvi baharu didatangkan dengan pilihan enjin 1.3 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (1NR-VE) dan 1.5 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (2NR-VE). Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan pilihan transmisi 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Pasaran tempatan akan menerima lima pilihan varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).
BACA>>>>>TEMPAHAN MYVI KINI DIBUKA- HARGA BERMULA RM44, 300
Menariknya selain didatangkan dengan logo Myvi baharu, model hatchback lima pintu itu didatangkan dengan lampu LED bersama fungsi ‘auto off’ dan follow me home, lampu belakang dengan ‘Light guide’, butang start/stop dan rim aloi 15 inci dwi tona warna (model 1.5L) dan rim 14 inci (model 1.3L). Myvi serba baharu lebih panjang, rendah dan lebar berbanding generasi terdahulu.
Ads
Selain itu, varian tertinggi 1.5 Advance didatangkan dengan ciri keselamatan Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).
BANTUAN PEMANDUAN SELAMAT (ASA)
Di bawah sistem berkenaan terdapatnya empat sistem yang bekerja iaitu Pre Collision Warning (PCW), Pre Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC). Kesemua sistem berfungsi menggunakan kamera yang terletak pada cermin utama. Kamera stereo itu hanya mengesan bentuk kereta dan merangkumi jarak penglihatan 40 darjah (melintang), 20 darjah (menegak) dan 60 meter ke depan.
Ads
PCW- akan memberi amaran dalam bentuk bunyi sekiranya kenderaan yang dipandu terlalu hampir dengan kereta di depan (dalam keadaan jarak tidak selamat). Ciri berkenaan hanya akan berfungsi dalam kelajuan 4km/j sehingga 30km/j. Sekiranya pemandu tidak memberi respons, PCB akan diaktifkan yang mana sistem akan membrek bagi mengurangkan atau mengelakkan risiko berlakunya perlanggaran.
FDA- Sistem ini sangat membantu apabila anda terleka seketika atau tidak menyedari kenderaan di depan sudah bergerak. Sistem FDA akan membunyikan amaran untuk memaklumkan tentang situasi berkenaan.
PMC- Berfungsi mengesan halangan pada laluan di depan bergantung kepada situasi.
Sistem berkenaan mirip ciri keselamatan aktif yang ditawarkan pada Volvo dan Honda. Bagaimanapun tidak selengkap seperti yang ditawarkan seperti dua jenama berkenaan. Dalam bahasa lebih mudah sistem berkenaan berada dalam kasta yang berbeza. Bagaimanapun, tawaran sistem itu menjadikan Myvi 2018 sebagai satu-satunya kereta di bawah RM100,000 memiliki ciri sedemikian.
Ads
CIRI KESELAMATAN:
Myvi 1.3L: 4 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Myvi 1.5L: 6 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Manakala varian 1.5 Advance (AT) memiliki ciri tambahan iaitu Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Model BMW G 310R sudah pun berada di pusat pameran. Baru sahaja dilancarkan, naked bike itu merupakan satu-satunya model di bawah BMW Motorrad yang dijual pada harga murah.
BMW G 310R siap hadir buat pengguna yang mahukan jentera dengan cita rasa premium, berprestasi dan ditawarkan pada harga berpatutan. Harga jualan model berkenaan di Malaysia ialah RM 26,900 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST).
Untuk makluman anda, model tersebut merupakan usahasama TVS dan BMW Motorrad. Ia dipadankan dengan enjin 313 cc yang mampu menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7, 500rpm.
Enjin berkenaan memiliki ciri yang unik kerana kedudukan silindernya terbalik dalam reka bentuk dek terbuka. Kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah.
Pengendalian dinamik disumbangkan oleh berat jentera 158.5kg. Keselesaan tunggangan dipertanggungjawabkan kepada fork jenis upside-down pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung yang dipasang terus di atas.
Pada artikel ini penulis sertakan 33 imej BMW G310R untuk tatapan anda.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanpa minyak hitam atau minyak enjin yang baik kereta tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Malah jika ada masalah pada minyak hitam ia boleh merebak kepada kerosakan yang lebih serius dan semestinya memeningkan kepada anda.
Walaupun ia nampak seperti perkara ‘simple’ namun penjagaan minyak hitam sangat penting bagi memastikan enjin kereta sentiasa dalam keadaan yang baik. Disebabkan itu jugalah sangat penting untuk anda memilih kualiti minyak hitam yang baik.
Dan semestinya anda perlu jauhi minyak hitam tiruan atau dikitar semula! Tidak dinafikan terdapat produk tiruan dan ‘recycle’ berlegar dalam pasaran. Jangan hanya sebab nak harga murah anda tidak periksa betuk-betul minyak hitam yang dibeli.
Menggunakan minyak hitam tiruan atau recycle boleh mendatangkan keburukan terhadap kereta anda. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dimuat naik oleh Azbi Centre yang menerangkan tentang bahaya penggunaan minyak tiruan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah:
JANGAN MUDAH TERTIPU!
Isu ni sangat penting!
Sebab 80% minyak hitam di pasaran adalah tiruan/recycle. Walaupun botol nampak ori. Jangan tertipu!
Secara mudahnya minyak hitam ini adalah yang terpakai. Dikitar semula menjadi minyak hitam yang ‘baru’ dan dijual dengan harga murah.
Minyak hitam yang terpakai ini ditapis dan diproses semula untuk menjernihkan WARNA minyak yang sedia HITAM itu. Kelemahan minyak terpakai ini adalah proses penapisan yang hanya mengeluarkan kotoran dan warna sahaja, sedangkan bahan kimia yang terdapat di dalam minyak itu tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Jadi apabila anda guna minyak terpakai, prestasi enjin akan jadi lembab dan semput. Enjin jadi Berat. Faham-fahamlah benda yang sudah diguna.
Sebab minyak hitam sebenarnya adalah bahan pakai buang. Kalau abang-abang dan kakak-kakak semua perasan, kadang-kadang ada keluar berita kilang minyak recycle ni di serbu oleh KPDNKK.
CARA ELAK BELI YANG PALSU
Jadi macam mana kita nak elak dari beli minyak hitam recycle atau tiruan ni?
Cara mudah ialah beli dengan distributor berdaftar dengan brand yang kita nak beli. Nak selamat beli direct di pusat jualan mereka.
Semoga kita semua terselamat dari penipuan ini.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.