PELIK! Tapi pelik itulah yang menjadi kegemaran ramai orang hari ini. Di Sweden telah diadakan satu muzium khas untuk anda menikmati makanan dari binatang kotor seperti tikus, ulat, bangkai jerung dan banyak lagi.
Mungkin Sweden terkenal dengan meatball yang anda sering nikmati ketika membeli-belah perabot di 2 gudang jenama terkenal di Malaysia ini, namun anda tidak dapat melupakan rasa jeruk bangkai jerung jika anda menikmatinya. Ia merupakan makanan yang paling mendapat perhatian ramai di dalam muzium itu kerana dianggap paling pelik. Bagaimana rasanya? Samuel West menerangkan rasa seperti mengunyah gula-gula getah yang hancing. Anda tak boleh bayangkan kan? Geli kan?
Mendapat perhatian daripada Chef terkenal, Anthony Bourdian. Dia menyifatkan makanan yang dinikmatinya di muzium ini adalah makanan yang paling jijik pernah dia nikmati.
Selain itu, anda dapat menikmati sup pedas kepala arnab wine bangkai tikus, keju berulat. Kebanyakkannya daripada resipi ini diilhamkan dari menu terkenal Mexico, sup Menudo dan makanan traditional Peru, Guinea pigs goreng.
Siapa tak nak makan free kan? Jika anda ke muzium ini, anda tidak memerlukan sebarang tiket, masuk adalah percuma! Jangan risau, jika anda rasa ingin muntah, bag khas disediakan untuk anda buang balik makanan yang tidak dikategorikan sebagai makanan itu.
Sumber: REUTERS
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI