“Musim Sejuk Macam London”, Itu Berita Palsu Jelas Jabatan Meteorologi Malaysia

Share

Sepanjang tempoh minggu lalu negara kita khususnya di Semenanjung Malaysia mengalami musim hujan. Lantaran itu ia telah menyebabkan suhu menjadi lebih sejuk daripada biasa.

Seperti biasa, warganet terutamanya cukup teruja dengan cuaca yang lebih sejuk berbanding hari kebiasaan. Namun ada yang mungkin tidak sedar bahawa cukup ramai rakyat Malaysia terjejas akibat banjir.

Malah, ada yang mengatakan negara kita bakal sejuk seperti kota London!

Perkara tersebut tersebari di pelbagai platform laman media sosial. Hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) tampil menafian perkara tersebut.

BACA: Rakan-Rakan Artis Banjiri Ruang Komen Doakan Harris Annuar Cepat Sembuh

Menerusi kenyataan medianya yang boleh di dapati di laman Twitter kendalian mereka, MET menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan musim sejuk seperti kota London bakal landa Malaysia pada Februari nanti.

Dan mereka dengan tegas mengatakan bahawa maklumat tersebut adalah palsu.

HANYA CUACA LEMBAP

Jelas MET lagi, keadaan cuaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan terutamanya di Pantai Timur dan Pantai Barat pada ketika ini disebabkan cuaca lembap dan mendung yang berterusan akibat luruan angin sejuk melanda negara.

Kondisi rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara berterusan selama beberapa hari juga menjadi penyumbang utamaberlakunya cuaca lebih sejuk daripada biasa.

Kenyataan media dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)

MET turut menasihati rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amara cuaca menerusi laman sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi MET atau menerusi panggilan hotline 1-300-22-1638 dan aplikasinya, myCuaca.

Nampaknya hasrat ramai orang untuk bergaya dengan pakaian musim sejuk terkuburlah ya.

Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk gaya hidup lelaki terkini.

Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia

Published by
Farizul Izwany Ibrahim