Musim durian sudah tiba! Mesti semua peminat durian berasa tidak sabar untuk makan raja buah ini dengan banyaknya. Walaupun harga sebiji durian melambung tinggi, tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia yang betul-betul cintakan buah ini untuk menikmati rasanya yang lemak berkrim.
.
Tapi yang tak seronok dan mengecewakan bila durian yang dibeli tidak seperti yang disangka. Jika dilihat durian yang ditunjukkan di tempat membeli durian nampak elok dan menyelerakan tetapi selepas anda membeli dan membawa pulang isinya tidak seperti yang diharapkan.
Ada durian yang isinya keras, masam atau mungkin isinya tidak banyak. Pasti sangat mengecewakan bukan?
Jadi, anda boleh mengikuti tips ini agar nanti anda tidak akan kecewa lagi!
1. Bentuk durian
Durian yang berbentuk bulat dikatakan mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.
.
2. Berat durian
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semakin ringan buah durian, semakin banyak isi durian tersebut. Kalau ada dua biji durian yang sama saiznya, pilih yang paling ringan.
3. Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau terpotong. Jangan beli durian yang tidak mempunyai tangkai.
4. Bunyi
Ketuk buah durian dan pilih durian yang berbunyi padat semasa diketuk.
.
5. Duri
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk mendapatkan isi yang padat.
6. Bau
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
.
7. Juring
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian.
8. Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit buah durian. Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi di dalamnya buruk.
9. Warna
Dah siap pilih tu, minta penjual belah durian untuk merasa dan lihat sendiri isinya. Ini kerana kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan warna durian.
10. Musim
Beli durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli durian semasa musim hujan atau lembap.
Kredit: MEDIA CENTER
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI