Music Run By CIMB Edisi Ketujuh Kembali Menjanjikan Larian Penuh Keceriaan

Share

Di kalangan penggemar aktiviti larian terutamanya di Lembah Klang pada masa kini pastinya mampu tersenyum lebar apabila semakin banyak acara larian kembali diadakan selepas kira-kira dua tahun terhenti akibat pandemik.

Hampir setiap minggu pasti ada sahaja acara larian yang menawarkan pengalaman acara tersendiri. Bagi peminat aktiviti larian mereka sentiasa mahukan acara yang selain memberikan aspek kesihatan yang baik tetapi juga elemen hiburan yang mampu memberikan keriangan.

Itulah yang ditawarkan oleh acara larian yang terkenal, The Music Run by CIMB yang kini kembali dengan instalasi terbarunya yang juga merupakan edisi ketujuh. Apa yang membezakan acara larian ini dengan yang lain ialah ia menggabungkan elemen music di sepanjang larian.

Suntikan muzik inilah yang memberikan The Music Run by CIMB cukup popular di kalangan penggemar larian dan aktiviti kecergasan secara amnya. CIMB juga dilihat meneruskan komitmen mereka sebagai Presenting Partner bagi menjayakan aktiviti menyihatkan ini.

Selepas tiga tahun tidak diadakan, The Music Run by CIMB bakal kembali dan dilangsungkan di Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil pada hari Sabtu, 3 Disember 2022.

Edisi pertama The Music Run diadakan dengan jayanya pada tahun 2014 dengan konsep menggabungkan aktiviti kecergasan dan juga muzik sambil memberikan kesedaran kepada masyarakat umum akan kepentingan mengurangkan pelepasan karbon.

GAYA HIDUP SIHAT & KELESTARIAN GLOBAL

Penganjuran The Music Run by CIMB pada kali ini dilihat membawa mesej yang senada dengan mengajak peserta untuk menjadikan gaya hidup sihat berserta kelestarian penjagaan alam sebagai tunjang kesihatan global.

Edisi pada tahun ini menyaksikan dua kategori diperkenalkan iaitu 5km Fun Run dan juga 5km Timed Run. Jika anda mahukan larian santai sambil berhibur bolehlah sertai 5km Fun Run manakala buat anda yang kompetitif pastinya 5km Timed Run menjadi pilihan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Dato’ Abdul Rahman Ahmad berkata, “Sebagai institusi kewangan kami melihat acara ini selari dengan pelan strategi Forward23+ kami untuk terus mendukung inovasi kelestarian dari pelbagai aspek dalam perniagaan kami.

“Kami berasa sangat gembira dapat kembali sekali lagi sebagai Presenting Partner untik edisi The Music Run pada tahun ini”.

Manakala Pegurus Besar Fresh Events selaku penganjur acara ini, Jeffrey Ross pula berkata, “Selepas tiga tahun kami kembali semula dengan harapan yanglebih tinggi dengan misi penyertaan karbon-neutral. Kami juga gembira apabila terus mendapat sokongan dari CIMB untuk menjayakan acara pada edisi kali tahun ini”.

Untuk pengetahuan anda, The Music Run merupakan acara bertaraf antarabangsa yang pernah diadakan di 35 buah negara dengan penyertaan lebih 250,000 peserta di 13 buah negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, India, Filipina, Taiwan dan China.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima Run Pack mengandungi medal edisi terhad, t-shirt larian micro-dry, pelekat kereta, tatu sementara dan beg jerut eksklusif. Bagi penebusan Run Pack ini pula akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

MASKULIN difahamkan juga tiket Super Early Bird telah dijual lebih enam ribu unit, memecahkan rekod edisi terdahulu. Tiket masih lagi boleh diperoleh dengan RM95 untuk 5km Fun Run dan RM110 untuk Timed Run.

PERADUAN MASKULIN x THE MUSIC RUN by CIMB

MASKULIN ingin tawarkan tiket penyertaan PERCUMA The Music Run by CIMB kepada anda, pembaca setia kami. Sebanyak 10 tiket untuk 10 pemenang bertuah! Bagaimana nak sertainya?

Langkah 1: Pastikan anda follow Instagram @maskulinmag & @themusicrun di Instagram atau Facebook (@majalahmaskulin & @themusicrunmy)

Langkah 2: Kongsikan posting dan tag MASKULIN & The Music Run ini di Instagram atau Facebook berserta #Maskulin #TheMusicRunbyCIMB #LiveTheBeat

Tarikh penyertaan bermula pada 26 Oktober sehingga 8 November 2022.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.themusicrun.com.my!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim