Rasanya rata-rata peminat muzik di Malaysia sudah biasa mengeluh kerana terlalu banyak penyanyi atau band yang datang ke Asia Tenggara seperti di negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand tetapi tidak singgah ke negara ini.
Ia merupakan satu keluhan yang telah lama berlaku dan menjadi jenaka yang kerap kali dikhabarkan terutamanya di laman media sosial. Maka tidak hairanlah apabila ada sesebuah band popular dan berstatus legenda mengumumkan bahawa mereka bakal menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya persinggahan mereka di Asia ia adalah satu berita cukup luar biasa!
Pada hari ini, Hello Universe PLT telah mengumumkan konsert MUSE ‘The Will of The People’ Tour 2023 akan diadakan secara eksklusif di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2023.
Memetik kenyataan media dari pihak mereka, usaha membawa band berkaliber seperti MUSE merupakan sasaran dan impian Hello Universe untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan untuk artis-artis global antarabangsa.
Ads
Dengan kehadiran eksklusif Muse di jelajah ‘Will of the People’ di Malaysia ini, diharapkan dapat menaikkan prestij Malaysia di mata dunia.
MUSE yang lengkap dengan diskografi hebat bersama sembilan album sutdio, dua album live, satu album kompilkasi, lima buah EP dan banyak lagi cukup dikenali di kalangan peminat muzik sebagai antara band yang mempunyai persembahan secara langsung terhebat di dunia.
Pernah tersenarai sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia, MUSE juga bakal menonjolkan album terbaru mereka yang cukup dinantikan ramai berjudul ‘Will of The People’.
Ads
Apa yang lebih menarik mengenai album ‘Will of The People’ ini, ia telah menyediakan platform muat turun secara langsung ke pra pesanan yang pastinya telah menyemarak dan mencetuskan reaksi yang mengkagumkan buat peminat fanatik mereka dan menjadikan keluaran album mereka ini lebih dinati-nantikan.
Selain itu, Muse yang juga pemenang 70 anugerah muzik rock antarabangsa daripada 174 pencalonan ini akhirnya meleraikan penantian peminat mereka dan akan mengadakan konsert secara langsung dan eksklusif hanya di Malaysia.
Hello Universe PLT menyasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 kapasiti penonton yang akan hadir bagi menyaksikan konsert yang berlangsung pada Julai nanti. Ia sekali gus menjadikan konsert sebagai salah satu acara terbesar pada tahun ini.
Mereka turut menjangkakan peminat MUSE dari negara-engara jiran serantau Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia akan turut berebut-rebut untuk hadir menyaksikan persembahan MUSE.
Lebih istimewa buat peminat MUSE di Malaysia kerana kali terkahir mereka mengadakan konsert di Kuala Lumpur ialah pada 2017 iaitu 16 tahun yang lalu. Pastinya mereka yang hadir ke konsert itu dan peminat-peminat baru yang lebih muda tidak sabar untuk menyaksikan mereka secara langsung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf, “Kami sangat berbesar hati akhirnya dapat mengumumkan bahawa ‘Will of The People’ one night only special for Asia, akan diadakan di Malaysia” kata Adam Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe.
“Malaysia kaya dengan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Disamping itu, mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak akan pernah menjadi masalah, malah Muse amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan di Malaysia.
“Dengan mengadakan konsert dan festival, ia secara tidak langsung merupakan cara terbaik bagi membantu membaikpulih serta merangsangkan ekonomi negara yang terjejas berikutan oleh pandemik yang melanda sebelum ini. Selain daripada menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti untuk penduduk tempatan,” tambahnya lagi.
Tiket pra-jualan akan mula ditawarkan pada 2 Mac 2023 bermula jam 10 pagi manakala untuk jualan terbuka pula pada Jumaat, 3 Mac 2023 jam 10 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pesta Keaamatan merupakan perayaan yang kebiasaannya diraikan cukup meriah oleh masyarakat Kadzandusun di Sabah setiap tahun.
Namun suasana sambutan pada tahun ini agak berbeza berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun ia tetap dianjurkan oleh Dewab Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam suasana norma baharu dan mengikuti SOP yang ketat.
Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, edisi untuk tahun 2021 ini diadakan secara di atas talian di Kaamatan TV. Pada hari kemuncaknya iaitu 31 Mei 2021, Maya Hejnowska gadis berdarah kacukan Kadazan-Poland ini telah dimahkotakan sebagai Ratu Unduk Ngadau 2021.
Memetik laporan Astero Awani, Maya Hejnowska berkata, “”Syukur kepada tuhan sebab tersenarai dalam Top 21. Bila sudah tersenarai itu cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan peringkat universiti.
“Saya bergelut juga masa itu. Saya perlu bijak menguruskan masa agar emosi saya tidak terganggu. Syukur semuanya berjalan lancar dan dinobat ratu pula,” jelasnya lagi.
Gadis dengan senyuman manis yang telah berjaya menambat hati ramai pihak terutamanya lelaki di atas talian ini merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik.
Bak kata orang, ‘a beauty with brains’, itulah definsi tepat boleh kita perkatakan tentang Maya. Kemenangan Maya menewaskan tujuh finalis lain jelas berasas apabila dia bijak menguruskan masa di antara pelaran di universiti dan juga aktiviti Unduk Ngadau 2021.
Maya merupakan pelajar jurusan muzik di Universiri Malaysia Sabah (UMS). Tampil dengan kentinggian 165cm, Maya hadir cukup memukau dengan persalinan tradisi kaum Kadazan Penampang.
Selaku juara, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh peserta mewakili DUN Paginatan, Dianarin Vahidin yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM45,280; sementara tempat ketiga dimenangi oleh Febby Angelica yang mewakili DUN Kundasang yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM32,980.
Jika anda ingin terus mengikuti perkembangannya bolehlah follow Maya di Instagram menerusi akaun kedaliannya.
Tahniah sekali lagi MASKULIN ucapkan kepada Maya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita khususnya akan menghasilkan banyak minyak ketika haid. Hormon setiap bulan mengalami perubahan, jadi keadaan ini mungkin boleh menstimulasi kelenjar minyak. Apabila minyak berlebihan di wajah pori-pori kulit mudah tersumbat akibat cepat memerangkap debu dan mencetus kepada masalah jerawat.
2. Stress
Hormon kortisol sangat bagus untuk membantu lebih fokus dan mengurangkan stress. Tapi awas jika hormon ini dilepaskan berlebihan oleh tubuh sebagai reaksi tubuh terhadap hormon ini ia mungkin meningkatkan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak.
3. Kosmetik
Solekan yang terlampau tebal akan menjadikan minyak di bawah kulit terperangkap dan lebih teruk boleh mengakibatkan radang pada wajah dan timbul jerawat besar dan bernanah.
4. Makanan Berlemak
Elak pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan. Ia juga tidak bagus kerana lemak yang tinggi boleh menimbulkan pelbagai penyakit di kemudian hari.
5. Keadaan cuaca
Cuaca panas dan lembap boleh mempengaruhi aktiviti kelenjar peluh kita. Kulit akan menjadi lebih cepat berminyak dan kurang bermaya.
Cara Atasi Kulit Berminyak
1.Pilih Pencuci Muka Yang Betul
Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan pilih pencuci bebas dari minyak yang berasaskan gel atau foaming cleanser.
2. Scrub Semulajadi
Penting untuk mengurangkan minyak di wajah dan menanggalkan sel-sel kulit mati.
Tomato – mengandungi asid semulajadi yang bagus untuk menyerap minyak dan menegangkan kulit wajah. Sapu selama 10-15 minit dan bilas dengan bersih
Lemon – membantu kembalikan keseimbangan pH. Campurkan bersama sedikit madu dan bilas selepas 10-15 minit.
3. Toner Bebas Alkohol
Berfungsi untuk membantu membuang kotoran dan minyak pada wajah. Wajibkan diri menggunakan toner yang sesuai elak luang roma terbuka luas.
4. Pelembap
Rutin yang perlu di pakai setiap hari. Pastikan pilih yang berasaskan air dan bebas alkohol .
5. Krim Pelindung Matahari
Kulit berminyak pun perlu memakai krim pelindung matahari supaya kulit tidak mudah berjeragat atau pigmentasi kesan dari sinaran matahari. Pilih saya berasaskan gel untuk kulit berminyak.
6. Minum air secukupnya dan suplemen tambahan.
Air yang cukup sangat membantu mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan. Amalan mengambil B-Complex, GLA Complex, Omegaguard, Vitamin E dan protein ESP sangat membantu mengawal pengeluaran minyak dari dalam.
SUMBER : DIARINUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gara-gara tabiat buruk merokok. Pelakon kacak Fadlan Hazim nyaris bisu buat selama-lamanya akibat penyakit tonsil kronik yang dihadapinya.
Difahamkan Fadlan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sejak remaja dan kerap merokok sejak dari remaja.
“SAYA fikir saya akan bisu buat selama-lamanya,” kata pelakon, Fadlan Hazim selepas doktor mengesahkan dia mengalami penyakit tonsil kronik akibat tabiat buruk iaitu merokok.
Fadlan, 26 bagaimanapun bersyukur apabila keadaan kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Ketika doktor memaklumkan saya menghidap tonsil hingga peti suara saya mengalami masalah, saya mula risau kerana penyakit ini amat berisiko tinggi.
“Sebagai pelakon saya memerlukan suara untuk berlakon. Tambahan pula, bidang ini adalah sumber rezeki sepenuh masa saya, namun saya berserah kepada takdir.
“Alhamdulillah proses pembedahan berjalan dengan baik. Cuma selepas kesan ubat habis, saya menahan kesakitan hampir beberapa jam kerana pembedahan dilakukan di kawasan mulut dan tekak,” katanya menghidap sakit tonsil sejak 2014.
Menurut Fadlan, punca dia menghidap penyakit terbabit kerana mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan mengabaikan penjagaan tubuh.
“Saya mula merokok ketika usia masih muda. Mungkin terlalu kerap merokok menyebabkan tonsil saya menjadi semakin parah.
“Alhamdulillah, sudah setahun saya berhenti merokok. Tapi kalau benda sudah nak jadi, tonsil itu masih ada dan perlu dibuang,” ujarnya.
Fadlan kini memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bersukan dan bersenam di gimnasium.
Ujar hero drama Papa Ricky ini, dia mula sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengawal pemakanan.
“Kalau nak hilangkan tekanan, saya selalunya berkunjung ke gim dan mesti buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.
Sumber : Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.