Kesihatan

Murah Senyuman & Elak Berdepan Stres, Rahsia Pelakon Arash Mohamad Awet Muda Pada Usia 55 Tahun

Share

Kadangkala kita mungkin berasa cukup hairan bagaimanakah sesetengah orang terutamanya lelaki mampu nampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka?

Apakah rahsia yang mereka amalkan sehinggakan nampak begitu muda dan sentiasa segar dalam bergaya? Apatah lagi apabila begeluman dalam industri lakonan yang memerlukan disiplin dalam menguruskan jadual, diet, senaman dan juga gaya hidup?

Pelakon yang cukup sinonim dengan pelbagai genre drama di Malaysia, Arash Momahad merupakan salah seorang pelakon yang cukup awet muda.

Foto: IG Arash Mohamad

Siapa sangka figura yang baru-baru ini tampil menerusi drama bersiri ‘Layang-Layang Perkahwinan’ ini sudah berusia 55 tahun.

Dengan penampilannya yang yang nampak lebih muda dari usia sebenar itu juga sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada adakah dia mendapatkan rawatan seperti suntikan botox?

Menerusi temu bualnya bersama Gempak, Arash berkata dia merupakan seseorang yang paling takut dengan jarum.

“Macam mana saya nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, saya cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berdepan dengan stres,” jelasnya.

Malahan Arash juga memaklumkan bahawa dia sudah menjaga pemakanan sejak usia menginjak 40-an serta mekakukan senaman dengan ruti dan juga tidak makan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera.

BACA: Bila Kereta Berhenti Je Aircond Terus Tak Sejuk, Ini Beberapa Punca & Penyebabnya!

Mengakui bahawa ramai juga peminat bertanyakan apakah rahsia dia tampil awet muda, Arash berkata dia tidak melakukan apa-apa jenis rawatan spesifik. Dengan menjaga makan dan bersenam dia juga dapat mengelak dan tiada sebarang penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

“Tapi sakit-sakit urat atau sendi pada usia saya ini, saya rasa semua orang akan lalui fasa sama jika umur semakin meningkat. Memang kena jaga mana yang perlu jaga,’ tambahnya lagi.

Foto: IG Arash Mohamad

Semoga kisah Arash Mohamad ini menjadi satu inspirasi buat anda yang ingin kekal sihat dan paling penting nampak awet muda!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Kredit: Gempak

Published by
Farizul Izwany Ibrahim