Pernah tak anda mengalami ulser mulut yang berleluasa? Sampai nak mengunyah pun sakit mulut. Ramai yang membuat keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun ubat yang sesuai masih tidak ditemui. Apa yang menariknya, ramai antara anda yang sanggup membiarkan mulut anda sakit sampai akhirnya ia akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu.

 

Antara punca anda sering mendapat ulser adalah cara pemakanan anda. Jika anda jarang minum air masak, ia akan menjadikan badan anda kurang hidrat dan ini antara punca ulser pada mulut anda. Antara punca lain juga merupakan faktor cuaca yang terlampau panas ataupun hujan tidak tentu masa.

 

Tahukah anda bahawa selain daripada membiarkan mulut anda tu sakit sepanjang masa sehinggakan anda tidak dapat menikmati makanan yang disediakan, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah dan cepat sembuh apabila mulut anda sakit.

 

 

 

Madu

Mulut Sakit Buat Aktiviti Harian Anda Terganggu? Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Hilangkan Ulser

Ads

Madu memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menghilangkan ulser mulut. Dalam masa yang sama, ia melembapkan dan menggalakkan proses penambahan tisu baru. Anda boleh minum atau sapukan madu asli pada ulser anda.

 

Baking Soda

Mulut Sakit Buat Aktiviti Harian Anda Terganggu? Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Hilangkan Ulser

 

Selain daripada dapat mencantikkan barang terpakai, menghapuskan kotoran degil, baking soda juga mampu untuk menghilangkan ulser pada mulut anda. Jadi, kalau tak ada barang lain dalam rumah, boleh menggunakan baking soda. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapu bahagian ulser anda itu.

Ads

 

Garam

Mulut Sakit Buat Aktiviti Harian Anda Terganggu? Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Hilangkan Ulser

Rasanya ramai antara anda yang mengamalkan kaedah ini jika mulut mempunyai ulser. Garam membantu untuk neutralkan kembali suhu dalaman anda disamping dapat mempercepatkan proses pulih bibir pecah anda. Anda boleh kumuh dengan air larutan garam, atau letakkan secubit garam pada bahagian ulser anda.

 

Tuamkan dengan uncang teh

Ads

 

Mulut Sakit Buat Aktiviti Harian Anda Terganggu? Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Hilangkan Ulser

Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit. Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

 

Sapukan Gel Oral

Mulut Sakit Buat Aktiviti Harian Anda Terganggu? Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Hilangkan Ulser

Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.

 

Sumber: Siraplimau

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI