“Mulut Mak Cik Bawang Menyebabkan Saya Kurus”

Share

Siapa sangka mulut-mulut mak cik bawang punca Ramdan nekad untuk menurunkan berat badan.

“Saya dicemuh mak cik-mak cik ketika menaiki pengangkutan awam” ayat-ayat penyata seperti

“Kamu ni gemuk lah”

“Besarnya kamu ni Ramdan…”

 

Ini benar-benar menyinggung perasaan Ramdan. Menurutnya, dia sudah tidak tabah lagi melalui hari-harinya sebagai seorang GEMUK. Mana tidaknya, dengan ketinggian 190cm dan berat badan mencecah 145kg, dia dianggap mengganggu ruang di dalam pengangkutan awam sehinggakan mak cik-mak cik ini lemas dengan kewujudannya.

Bila start diet?

Tahun 2016, masa tu saya join program diet. Kalau ikutkan saya ni seorang pemalu. Segan untuk bersenam secara bersendirian. Tambahan pula saya selalu dicemuh, tahap confident saya tu semakin berkurangan. Bila workout bersama-sama dengan orang gemuk ni, lain macam sikit impak dia. Yelah, sama-sama gemuk kan,  kita faham antara satu sama lain.

 

Apa yang paling seronok sepanjang Ber ‘diet’?

Banyak sebenarnya, pada peringkat awal tu rasa susah sikit sebab kita kan dah terbiasa dengan MAKAN, jadi nak disiplinkan diri tu perlukan masa. Bila bergaul dengan kawan-kawan yang sama-sama nak kurus ni godaan dia lagi melampau, sebab tak semua orang yang join tu ada mindset yang sama. Jadi kadang-kadang lepas workout

, pasti akan terbabas ke kedai mamak. Disitu mental kena kuat, kita kena ada goal sendiri.

 

Bila dah kurus ni mesti ada kulit menggelebeh, macam mana nak buang?

Oh, nak buang kulit menggelebeh tu tak lah susah mana, korang kenalah pergi ke Gym, main dumbbell. Tak payah main yang berat-berat, main yang ringan-ringan saja. Kalau nak bina badan sekalipun kena mula dari bawah, jangan terus angkat yang berat, takut muscle tear nanti. Paling penting teknik, teknik inhale dan exhale sangat membantu untuk mendapatkan betuk badan yang cantik.

Macam mana dengan pemakanan?

Makan memang penting dalam penjagaan diet. Saya masih lagi mengamalkan diet kurus dahulu. Suku suku separuh. Kalau malas nak workout

 sekalipun, diharapkan anda dapat menjaga pemakanan. Kalau tak, selamat tinggal ideal weight.

 

Ada nasihat yang nak diberikan kepada umum tentang diet awak?

Nak diet ni minda kena betul-betul fokus. Kalau segan nak buat sorang-sorang join program. Jangan malu untuk announce yang anda sedang ber diet. Jika mereka benar-benar rakan anda, pasti mereka akan memberi sokongan kepada anda. Paling penting ‘enjoy’ your journey. You only live once!

Published by
Maiya Deen