Masalah nafas mulut berbau atau bahasa saintifiknya halitosis adalah sejenis komplikasi yang sering berlaku pada setiap manusia.
Tapi kalau korang kategori lelaki mulut berbau, cepat-cepatlah atasi masalah ini. Selain boleh buat korang hilang member, masalah mulut berbau ini juga boleh buat korang hilang keyakinan diri.
PUNCA NAFAS BERBAU
BAKTERIA
Punca utama nafas berbau adalah daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang terselit di celah gigi, lalu merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
Kebanyakan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Maka sebab itulah bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan antaranya ialah celah gigi, poket gusi di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi serta di celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga sukar untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selesema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau tonsil seterusnya melekat di situ. Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mengalami masalah gusi dan tulang gigi yang kronik ia juga boleh menyebabkan nafas berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan sukar dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga sememangnya tempat bagi bakteria anaerob membiak.
KURANG PENGHASILAN AIR LIUR DAN MULUT KERING
Air liur adalah bahan pembilas mulut semula jadi. Ia membilas mulut sepanjang masa. Secara tidak langsung ia membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Ketika tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau nafas yang kurang enak setelah bangun dari tidur.
Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, sukar untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang membantu menghilangkan masalah mulut berbau. Caranya, kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Buang hampasnya dan telan airnya. Amalan menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria yang menjadi punca nafas berbau sebanyak 50 peratus berbanding orang yang tidak menghisapnya.
Cara lain, korang boleh minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Semoga bermanfaat.