Bayangkan pagi-pagi pergi kerja naik keretapi yang sarat dengan penumpang, tiba-tiba sebelah anda ada insan menguap dan tidak tutup mulut. Mulutnya berbau dan terus buat kita rasa menyampah. Ingat, kena sentiasa jaga mulut agar tidak berbau hingga orang menyampah.
Itu kalau kejadian tersebut berlaku sekali-sekala, bagaimana pula jika anda juga mempunyai nafas yang berbau seperti insan tersebut.
Mari MASKULIN tunjukkan bagaimana untuk pastikan nafas anda kekal segar terutamanya pada pagi hari sebelum masuk kerja.
BACA: Selain Mudah Dapat Sakit Jantung, Ini Yang Akan Terjadi Jika Banyak Makan Makanan Tak Berkhasiat
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
2. Minum air masak dengan banyak
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Kunyah gula-gula getah
Kunyah gula-gula getah buat anda rasa seperti baru lepas berus gigi kerana banyak keluarkan air liur untuk membersihkan dalaman mulut. Selalu kunyah gula-gula getah selepas makan untuk pastikan nafas kita segar berpanjangan.
4. Jaga pemakanan
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sarapan, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
5. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
BACA: Kalau Tak Cukup Tidur, Badan Mudah Mengembang, Jadi Elakkan 6 Jenis Makanan Ini
6. Buat pemeriksaan gigi
Jika mulut berbau time puasa sunat itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI