Mesti stres kalau setiap kali sikat rambut, tengok rambut gugur. Rasa jeles tengok orang lain ada rambut yang sihat dan lebat. Kalau dibiarkan rambut gugur ni, silap-silap rambut boleh jadi makin nipis dan botak.
Jika sebelum ini anda telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan rambut gugur tapi masih tidak berjaya, apa kata cuba petua yang dikongsikan Aisyah Badar Bajrai ini.
Tidak salah kita nak berikhtiar, mana tahu bahan ini dapat mengatasi masalah rambut gugur anda. Paling penting, hanya guna satu bahan sahaja!
Hari ni Aisyah nak share tips paling best untuk rambut gugur. Masa memula nak try tips ni, Aisyah macam tak bape nak yakin. Ye laa, simple naa tips ni. Tambah satu bahan jek kat shampoo rambut boleh kurang gugur.
Ads
Sekali bila try, ehhh serious laa rambut memang kurang gugur. Dah la kurang gugur, pastu Aisyah perasan rambut lagi lembut plus bersinar gituu.
Ehh, Aisyah tak de guna bahan pepelik pun tau. Cuma tambah aloe vera gel jek kat shampoo rambut. Korang picit jek sikit aloe vera gel pastu gaul rata rata dengan shampoo rambut korang masa nak mandi tu.
Ads
Nanti lepas korang basuh rambut, korang perasan rambut rasa ringan dengan lembut. Perghh, masa tu memang korang fefeling rambut macam model iklan pantene kat tv tu haa.
Kalau korang nak tau, aloe vera ni ada vitamin C dan E, sebab tu bila pakai kat rambut, rambut kita lembut jek. Kalau ada masalah kelemumur pun bagus guna tips ni tau. Sebab aloe vera ni akan merawat kulit kepala kita supaya bersih dan sihat.
Jadi pasni siapa yang ada masalah rambut gugur ke kelemumur, boleh la try campurkan aloe vera gel dengan shampoo korang.
Ads
Alaa, beli jek brand apa apa. Aisyah memang suka brand guardian sebab harga dia murah pastu kesan dia memang best. Kalau korang kaki jimat cam Aisyah, beli brand guardian jek okey.?
Jangan lupa #share tips ni supaya dapat tolong kengkawan kita yang rambut selalu gugur. Pastu jangan lupe follow Aisyah Badar Bajrai untuk tips jimat yang lain tau.☺️
Tentu anda rimas bila wajah ada whitehead & blackhead terutamanya pada hidung. Rasa macam nak picit-picit dan keluarkan whitehead & blackhead tu. Tapi kalau picit, nanti hidung jadi merah.
Jangan bimbang, kini anda tak perlu lagi picit sampai merah ataupun nak beli produk pelekat untuk membuang whitehead & blackhead. Ada cara mudah dan murah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah whitehead & blackhead anda itu.
Cara mudah ini dikongsikan Hidayah Mohan Shah menerusi laman Facebooknya. Hanya menggunakan tiga bahan iaitu kunyit, telur dan tisu, whitehead & blackhead akan keluar dengan mudah tanpa rasa sakit.
Kos yang digunakan juga murah dan bahannya mudah untuk anda sediakan. Jadi apa lagi? Jom atasi masalah whitehead & blackhead anda sekarang.
Actually ada banyak cara untuk buang whitehead & blackhead. Yang ni adalah salah satu cara yang boleh korang guna.
By the way, dalam resepi ni Kak Yaya guna Face Mask Turmeric dari The Beauty Hacks. Kak Yaya memang suka guna Face Mask Turmeric ni sebab kunyit dia memang dah di khaskan untuk kulit wajah mengandungi kolagen, vitamin & akar kayu.Kebaikan masker kunyit ni banyak sekali antaranya :
1. Mengubati dan mengatasi masalah Jerawat
2. Mengatasi kulit berminyak
3. Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan
4. Mengatasi pigmentasi
5. Menghaluskan kulit wajah
6. Mengangkat sel kulit Mati
7. Mengurangi lingkaran hitam pada mata.
8. Meratakan dan mencerahkan warna kulit.
Selamat Mencuba ??
Yayamohans ✍️
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kulit lelaki cepat tua apabila adanya pengurangan pada fungsi organ dan tisu secara menyeluruh. Ia terjadi bila kulit terdedah dengan serangan radikal bebas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan tekanan.
Apabila usia semakin berlanjutan, kesannya pada kulit menjadi semakin ketara. Baik lelaki mahupun wanita, tentu anda sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan dan memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan muda.
Oleh itu, anda perlu tahu punca kenapa kulit lelaki cepat tua dan cara-cara untuk mengatasinya.
KETAHUI PUNCA PENUAAN
Pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berpanjangan.
Kurang menjaga kesihatan, malah seringkali menganggap masalah kecil boleh diselesaikan dengan mudah.
Salah posisi tidur juga boleh mempercepatkan penuaan. Tidur dengan merehatkan muka anda pada posisi yang sama pada bantal setiap malam boleh menimbulkan kedutan atau lebih biasa dikenali sebagai garis-garis tidur. Lama-kelamaan, garis-garis tidur ini akan terus ‘terukir’ pada wajah anda buat selamanya.
Pencemaran, asap dan cuaca yang keterlaluan merupakan salah satu punca utama penuaan kulit.
Sedar atau tidak, tarikan graviti juga memainkan peranan penting dalam perubahan bentuk tubuh apabila meningkatnya usia. Ketika usia mencecah 50 tahun, kulit akan hilang keanjalannya dan kendur serta geleber mula berlaku pada muka dan bahagian badan yang lain.
Maskulin mendapatkan pandangan Dr. Desmond Fernandes iaitu Doktor Pakar Bedah Plastik Afrika Selatan yang terkenal di seluruh dunia dan juga pengasas produk penjagaan kulit generasi baru, Environ®, tentang proses penuaan terjadap kulit lelaki.
Lelaki biasanya akan mengalami keradangan ataupun iritasi terutama bagi mereka yang kerapkali bercukur. Oleh itu,pastikan anda sapu krim yang bersesuaian.
Digalakkan menggunakan Vitamin A dalam kehidupan
Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, jadi tidak semua satu produk boleh diterima oleh kulit setiap orang, harus pandai memilih.
Sentiasa pastikan mengamalkan pemakanan sihat
Oleh itu, sebelum masalah ini terus melarat sebaiknya anda cegah dahulu. Ini rahsia untuk yang lelaki perlu amalkan kalau nak elak kulit cepat tua.
TIP 10 MINIT UNTUK ELAK PENUAAN
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan. Bagi memastikan penampilan anda sentiasa elok, berikut adalah regim penjagaan kulit lelaki yang ringkas dalam masa 10 minit sahaja.
1. Buang sabun itu
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih basah. Tempoh Masa: 2 minit.
2. Sental saja
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental kepada hujung jari anda dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit.
3. Mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga anda apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit.
4. Sapukan
Kulit anda sentiasa memerlukan pelembab dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit anda daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi Vitamin E dan Perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki mengalami masalah rambut gugur, nipis, atau kulit kepala kering. Sebenarnya, salah satu rahsia untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat dan sihat bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan rambut, tetapi juga pemakanan yang kita ambil setiap hari.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang terbukti berkesan dalam mengekalkan rambut lelaki agar kekal lebat, sihat, dan tidak mudah gugur.
MINYAK IKAN
ATASI MASALAH RAMBUT ROSAK :
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
BIJIRIN
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT :
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
KACANG
MENGURANGKAN KELEMUMUR :
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
LOBAK MERAH
RAMBUT LEBIH BERSINAR SIHAT :
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
PISANG
UNTUK MEMELIHARA RAMBUT :
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.