
Tak kira apa jua bangsa dan agama, menunaikan sembahyang terutamanya pada waktu pagi sememangnya bagus untuk memiliki rezeki dan kesihatan tubuh yang berpanjangan. Menerusi artikel kami sebelum ini (Malas Bersenam Pada Waktu Pagi Membuatkan Metabolisme Anda Lemah), kami menjelaskan kepada anda bahawa ketidakseimbangan senaman dan pemakanan khususnya pada waktu pagi akan melemahkan metabolisme anda. Di sini, kami akan menerangkan apa yang perlu anda lakukan bagi senaman pagi.
Kami sertakan video untuk anda bersenam setiap pagi. Tambah-tambah nak dekat bulan puasa ni, boleh anda buat sebelum sahur!
https://www.youtube.com/watch?v=V-148VD6AFc
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hapuskan Jeragat, Lelaki Jangan Leka Perkara Ini

Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terlalu Kerap Batuk, Jangan Anggap Itu Sakit Biasa

Demam disusuli tubuh menggigil waktu tengah malam kerana kedinginan adalah antara petanda paru-paru dijangkiti kuman atau lebih dikenali sebagai pneumonia.
Gejala lain yang biasa dialami pesakit pneumonia adalah batuk yang mengeluarkan kahak yang kadangkala berwarna kuning atau hijau serta mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman menyebabkan pundi atau alveoli di dalam paru-paru yang berfungsi menyerap oksigen dipenuhi cecair yang menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Organisma yang paling kerap menjadi punca pneumonia adalah Streptoccocus pneumoniae iaitu sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi disebabkan Haemophilus influenzae.
Kanak-kanak muda, pesakit tua, perokok, pesakit yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis adalah golongan paling berisiko mengalami pneumonia.
Membunuh empat juta setiap tahun
Secara global, pneumonia dijangka akan dihadapi oleh kira-kira 450 juta pesakit dan membunuh empat juta orang setiap tahun. Dengan rawatan sewajarnya pesakit akan pulih dalam masa tiga hingga tujuh hari sekiranya jangkitan yang dialami tidak terlalu teruk.
Sekiranya jangkitan lebih serius, pneumonia boleh membawa kepada penyakit paru-paru bernanah dan bagi pesakit yang tenat, mereka perlu diberi bantuan pernafasan dan malangnya ada yang maut.
Rawatan biasanya dengan mendapatkan rehat secukupnya, pengambilan ubat antibiotik, ubat mengurangkan demam seperti paracetamol serta kemasukan air menerusi salur darah (IV). Sesetengah pesakit mungkin memerlukan oksigen dalam tempoh diperlukan serta bantuan fisioterapi untuk membantu mereka mengeluarkan kahak.
Pesakit yang tenat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membantu mereka mendapatkan oksigen.
Kanak-kanak, orang tua berisiko tinggi diserang
Kadar kematian akibat pneumonia boleh mencecah sehingga 10 peratus disebabkan kekurangan oksigen, jangkitan kuman yang terlalu kuat untuk sistem pertahanan badan atau disebabkan organ lain tidak cukup kuat. Kebanyakan pulih sepenuhnya tetapi bagi sesetengah pesakit, terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua, pneumonia boleh mengurangkan kekuatan paru-paru mereka.
Paru-paru yang lemah akan mendedahkan pesakit sekali lagi kepada serangan pneumonia pada masa depan. Bagaimanapun, terdapat vaksin bagi melawan kuman Streptococcus pneumoniae bagi mengurangkan risiko mendapat pneumonia bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Vaksin terbukti mampu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.
INFO: Gejala pneumonia
– Batuk.
– Demam.
– Bernafas termengah mengah.
– Menggigil dan gigil bergeser akibat kedinginan.
– Sakit dada yang semakin sakit apabila batuk atau ketika menarik nafas.
– Denyut jantung laju.
– Merasa letih atau sangat lemah.
– Loya dan muntah.
– Cirit birit.
# Bagaimana pneumonia bermula:
– Apabila kuman masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas.
– Lebih cenderung dialami selepas mengalami demam dan selesema.
– Mengalami penyakit kronik dalam jangka masa panjang seperti asma, jantung, barah atau diabetes.
# Adakah paru-paru berair sama dengan pneumonia?
– Paru-paru berair berlaku akibat cecair berlebihan di dalam paru-paru
– Berpunca daripada penyakit jantung.
# Langkah mencegah pneumonia:
– Berhenti merokok.
– Elakkan diri daripada terdedah kepada menghidu asap perokok.
– Prihatin dengan keadaan persekitaran tercemar dengan melindungi diri.
– Senaman dapat meningkatkan stamina dan kekuatan paru-paru.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tiada Lagi Rambut Gugur Jika Amal 7 Makanan Ini

Ramai orang di luar sana tak kira wanita atau lelaki mengalami masalah rambut gugur. Asal sikat je gugur. Penuh rambut anda di lantai bilik atau rumah. Rambut yang melekat dekat sikat jangan cakaplah, bila ditarik keluar, boleh buat bola! Sebenarnya ada banyak kaedah atau rawatan di luar sana untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur, namun ini antara yang anda boleh guna pakai tanpa perlu mengeluarkan duit.
Hanya disiplin dan amalkan 7 makanan ini!
Bayam
Bayam kaya dengan sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
Oat
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
Strawberi
Strawberi boleh dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kecantikan. Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Avocado
Avacod mempunyai sumber vitamin E yang meningkatkan peredaran darah dan membantu folikel bekerja lebih cekap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengekalkan keseimbangan paras minyak dan PH yang jika melebihi dapat menyumbat folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan rambut.
Telur
Telur adalah sumber protein dan biotin yang hebat, dua nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Makan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan rambut kerana folikel rambut dibuat kebanyakkan dari protein. Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan keguguran rambut.
Salmon
Ikan berlemak seperti salmon, herring dan mackerel mempunyai nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pertumbuhan rambut.
Lobak
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ringkasannya apa yang anda makan boleh memberi kesan besar pada kesihatan rambut. Kekurangan nutrien yang betul termasuk vitamin A, C, D dan E, zink, vitamin B, besi, biotion, protein dan asid lemak boleh melambatkan pertumbuhan rambut atau menyebabkan rambut gugur. Jadi sila amalkan pemakanan sihat untuk pertumbuhan rambut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI