Urusan jual beli rumah bukanlah sesuatu yang mudah, lebih lagi bila gaji anda kecil dan kos sara diri semakin meningkat. Malah, tidak dinafikan atas beberapa sebab seperti sukar mendapatkan pembiayaan bank dan tiada simpanan turut menyukarkan seseorang itu untuk mengumpul wang membeli rumah.

Oleh itu, ketahui dahulu berapakah wang yang anda perlukan sebagai modal pendahuluan. Secara asasnya anda memerlukan 15% wang pendahuluan.

Jika anda beli rumah secondhand bernilai RM 100,000 anda kena sediakan wang sekurang-kurangnya RM 15,000 . 15% termasuk jumlah deposit rumah dan bayaran untuk guaman (Legal fees), Value fee, dan lain-lain perkara.

Jom pasangan strategi kumpul duit untuk beli rumah pertama anda.

1) Buat Tabung Khas

Apa kata untuk tempoh kurang daripada 2 tahun ini anda menyimpan RM1,000 daripada gaji anda.

IKLAN

Jika anda memerlukan RM15,000, anda memerlukan tempoh masa dalam 15 bulan untuk anda menyimpan.

RM1,000 x 15 bulan = RM 15,000

Boleh jika anda kurangkan sedikit wang daripada gaji anda, tetapi tempoh anda menyimpan akan bertambah. Contoh, anda ambil jagi RM 500 anda memerlukan 30 bulan atau 2 tahun 5 bulan untuk cukup RM 15,000.

Jika ada kerja sampingan, lebih baik dan lagi cepat tabung anda akan cukup.

IKLAN

2) Keluarkan Duit Darpada KWSP Akuan 2

Ya, memang benar. Anda boleh bawa keluar duit simpanan KWSP daripada akaun ke 2 untuk urusan pengdeposit rumah pertama. Caranya anda perlu rujuk laman web rasmi KWSP dan ikuti prosedur yang diberikan.

Proses ini adalah proses yang paling tidak memeningkan kepala. Cuma anda perlu mengikut beberapa prosedurnya.

Tip Untuk Mula Menyimpan & Kumpul Wang Deposit Rumah, Ini 4 Langkah Mudah

IKLAN

3) Skim Rumah Pertamaku (SRP)

SPR diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2011 untuk membatu golongan muda mendapatkan rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli mendapatkan pijaman 100% ke atas rumah yang dibeli, maka wang deposit 10% tidak perlu disediakan.

Namun ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, disebabkan duit pinjaman adalah 100%, maka bersiap sedia kerana proses bayaran asuran bulanan semestinya akan tinggi.

4) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Dengan mendaftarkan diri dengan ASB adalah antara Teknik terbaik untuk bantu anda kumpul wang pendahuluan rumah anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI