Berbaki beberapa hari lagi, musim perayaan akan menjelang. Yang jadi tak syoknya, jerawat boleh pula tumbuh dekat dahi dan pipi.
Kalau kecil tak apa. Ini besar dan merah. Dari jarak 500 meter pun sudah boleh nampak jerawatnya.
Puncanya, makan tak ingat dunia semasa berbuka puasa. Semua pergi ‘bedal’ termasuk makanan yang tidak sesuai dengan diri kita.
Apa-apa pun, jangan panik dan bimbang untuk kembali segak kerana jerawat di muka, anda boleh selesaikan dengan petua tradisional ini :
1. Sebiji Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka.
Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.
Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam.
Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.
Ads
2. Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat.
Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati. Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat.
Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat.
Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
Ads
3. Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar.
Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering.
Hasilnya jerawat akan terus kecut.
Tip Cerahkan Kulit Muka Dengan Pantas
Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.
Ads
Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya!
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.
Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah. Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat.
Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama.
Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perasan tak di botol perfume anda terdapat perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume.
ASAL-USUL DEFINISI
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini terlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Eau de Toilette (EDT)
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang paling popular dan banyak terdapat di pasaran.
Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Eau de Parfum (EDP)
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan.
Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Parfum
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Penggunaan face mask mahupun topeng muka dua kali seminggu adalah rutin yang selamat untuk anda mendapatkan kulit flawless. Face mask sering digunakan untuk merawat kerengsaan kulit akibat masalah jerawat atau kemerahan.
Namun lambakan produk face mask yang dijual di pasaran membuatkan anda keliru nak memilih produk mana yang terbaik untuk kulit anda. Kalau nak kult flawless bak kulit artis Korea, ini 8 pilihan face mask yang boleh anda cuba.
1. Garnier Sakura White Tissue Mask
Topeng tisu sakura putih ini sesuai untuk memberi pemutihan pada muka yang menyeluruh dan kemerah-merahan. Diperkayakan dengan campuran ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin CG yang membantu melembapkan kulit secara mendalam serta meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap untuk memberikan hasil kulit yang lebih jelas, lembut dan licin. Kulit anda nampak lebih cantik dan berseri selepas menggunakan face mask ini.
2. Pascucci Good Face Eco Sheet Mask
Topeng muka yang datang dengan 13 jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. Fokus utama topeng muka ini adalah untuk memberi khasiat dan menenangkan kulit muka yang kering agar kulit anda menjadi lebih lembap. Selain itu, khas untuk anti penuaan dan mencerahkan kulit wajah dengan adanya ekstrak avokado. Kandungan kolagen pula mampu merawat kulit muka yang berkedut dan memberi keanjalan pada kulit. Dengan bahan seperti asid hyaluronik, ekstrak rhus semialata empedu dan ekstrak portulaca oleracea, datang dengan pelbagai jenis topeng kulit, anda boleh memilih untuk memakai yang mana anda suka dan yang bersesuaian dengan masalah kulit anda.
3. By Wishtrend Natural Vitamin 21.5 Enhancing Sheet Mask
Topeng dengan vitamin C semulajadi yang diekstrak dari hippophae rhamnoides ini mempunyai 1.3 kali keupayaan penyerapan. Selain itu, teh hijau yang sangat terkenal di Korea sememangnya berkesan membantu untuk menenangkan, menghidrat serta menyuburkan kulit agar kekal remaja. Topeng ini selamat dan bebas daripada bahan seperti berikut iaitu parabens benzophenone, phtalate ethanol, phenoxyethanol, pewarna buatan dan pewangi buatan.
4. Faith In Face Miss Invisible Pore Hydrogel Mask
Anda alami masalah liang pori yang besar dan tidak suka melihatnya, katakan tidak lagi dengan topeng yang memberi ketegangan pada kulit dan menutupi pori anda. Dengan formula unik ekstrak kulit berangan, ekstrak witch hazel, ekstrak salicylic dan daun pudina, ia akan membantu mengetatkan pori-pori kulit agar menjadi lebih licin dan sempurna. Kulit yang berliang pori kecil semestinya kulit yang bebas daripada minyak dan bebas daripada pori tersumbat yang boleh menyebabkan masalah kulit yang lain.
5. The Face Shop Real Nature Mask
Topeng muka ini mempunyai 8 jenis dan anda boleh memilih 5 jenis yang anda sukai. Topeng daripada formula acai berry dengan khasiat antioxida ini mempunyai ciri-ciri sekata dan penyegaran yang sempurna untuk kulit yang letih. Manakala lidah buaya pula menawarkan kelembutan dan penghidratan kepada kulit. Topeng yang ketiga pula dari ekstrak avokado dan sangat sesuai untuk kulit kering. Selain itu, esen teh hijau pula membantu untuk menyegarkan dan melindungi kulit, mencipta kulit yang segar, licin dan jelas. Topeng ini turut mengandungi ekstrak beras yang membantu mengurangkan rupa bintik hitam dan mencerahkan kulit.
6. SHILLS Activated Charcoal Whitening Mask
Pastikan anda mencuci muka dengan bersih sebelum memakai topeng muka ini. sinar inframerah jauh yang dikeluarkan dari arang aktif boleh memudahkan intipati dari menyusup ke dalam kulit hingga ke dalam. Topeng ini mampu mempercepatkan proses pemutihan untuk kulit wajah agar tampak lebih cerah dan licin. Dengan teknologi zarah ultra-halus ia akan memastikan arang diaktifkan dengan kapasiti anti-bakteria dan pemerangkap kotoran yang sangat baik, yang boleh menarik dan mengurai kekotoran seperti bintik hitam dan kotoran di dalam liang. Ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah pori tersumbat dan bintik hitam.
7. Clinelle CaviarGold Firming Facial Mask
Topeng muka yang diperkayakan dengan ekstrak caviar dengan nutrisi yang tinggi untuk meningkatkan keanjalan kulit. Membantu kulit untuk kelihatan lebih licin, lembut, mengurangkan garis halus dan kedutan. Dirumuskan dengan paraben percuma yang berkuasa dan berkesan, ia membantu dalam proses pembaikan yang melambatkan penuaan. Manakala pembaharuan dengan 24k Nano Gold membantu mengurangkan kedutan dan mempromosikan bentuk V pada muka, selain menjadi penghalang kulit dengan ekstrak phytogold dalam membantu memutihkan dan mempromosikan pembaharuan kulit untuk kulit yang lebih muda.
8. Skin Food Yuja Water Whitening Ampoule Mask Sheet
Topeng muka dengan ampoule synergy pemutihan ini berkesan dalam merawat dan menghilangkan garis penuaan pada kulit wajah. Bagi yang miliki kulit kering, topeng ini sangat sesuai untuk anda. Ia mengandungi ekstrak yuja dan minyak pelembap yuja penting untuk permukaan kulit, mengunci kelembapan dan mencerahkan warna kulit untuk penampilan lembut serta lebih cerah. Bersihkan muka sebelum memakainya dan tanggalkan topeng muka ini selepas 10-15 minit penggunaan. Anda pasti dapat merasakan perubahan pada kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Asyik style rambut je sayang, tak nak try tukar ke?”
Mungkin itulah yang diperkatakan oleh isteri atau kekasih anda melihatkan gaya rambut yang tak pernah berubah sejak beberapa tahun.
Sebenarnya tak salah kita sebagai lelaki untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba keluar dari zon selesa dan terokaibenda baru. Antaranya gaya potongan rambut.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 25 gaya potongan rambut terkini yang boleh anda rujuk. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.