Muka Berminyak? Cuba Produk-Produk Ini

Share

Kulit berminyak sudah menjadi resam dalam kehidpan lelaki. Namun, ramai yang tidak ambil peduli akan wajah berminyak. Ada antara anda juga tidak langsung mahu mengambil inisiatif untuk mencegah dan mengatasinya. Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk. Tetapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi daripada apa yang diperlukan. Ini bermaksud kulit anda berminyak!

Tidak ramai yang tahu kesan daripada kulit berminyak ini.  Minyak berlebihan yang terhasil mula memerangkap habuk dan kotoran dan kemudian liang pori  boleh menjadi tersumbat. Hasilnya, kulit anda mula mengeluarkan jerawat. Terdapat beberapa faktor kulit berminyak, antaranya:

 

1. Pemakanan

Antara punca yang paling kerap terjadi adalah, melalui pemakanan anda. Dalam dunia hari ini yang sering mengeluarkan produk berminyak, sebagai contoh makanan bergeoreng, setiap orang sering mengambil makanan ini tanpa memikirkan kesan sampingannya. Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak terlalu banyak.

 

2. Genetik

Setiap orang lahir dengan kelebihan mereka yang tersendiri. Mungkin ada segelintir yang tidak bernasib baik dengan lahir mempunyi genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda dari terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal dengan mengikuti cara mengawal kulit berminyak.

 

3. Tekanan

Stress di tempat kerja merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. Tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak.Namun, tekanan boleh mengubah keseimbangan hormone dalam badan seseorang dan menyebabkan masalah kulit muka berminyak. 

 

4. Cuaca

Anda pasti pelik mengapa mereka yang bekerja di dalam pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja berhadapan dengan panas terik sering mengeluh. Ini kerana jika anda bekerja di kawasan terbuka dan panas, cenderung anda untuk mengalami kulit muka berminyak sangat tinggi. Ini adalah kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.

Lelaki pasti berhadapan dengan masalah kulit mati ataupun kulit kering yang melampau kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga kulit, kerana itu kita dapat lihat ramai antara wanita menghabiskan duit untuk mendapatkan kepuasan pada kulit. Bagaimana dengan lelaki? Adakah produk untuk mereka kekal segar dan tampak menarik kurang di pasaran? Sebenarnya, tiada masalah untuk lelaki menggunakan produk kecantikan produk bergantung kepada kulit. Jika anda malu untuk dapatkan khidmat nasihat daripada consultant di farmasi, apa kata kalau anda cuba dapatkan produk-produk ini.

The Body Shop Aloe Soothing Day Cream

Semestinya lidah buaya menjadi kegemaran orang ramai terutamanya wanita kerana ia memang mengandungi khasiat tersendiri yang boleh merawat banyak peyakit. Ia terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan kulit anda. Apabila anda pakai produk ini, kulit anda akan berasa dingin dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan, gatal atau merah. Sebut saja Body shop, anda akan terbiasa dengan produk mereka yang mengandungi bahan semulajadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.

Himalaya Nourishing Skin Cream

Krim Nourishing Himalaya ini tidak melekit dan sesuai untuk digunakan secara harian kerana ia memberi perlindungan agar kulit terus kelihatan segar dan lembap sepanjang hari. Produk ini sedikit istimewa kerana ia mempunyai campuran ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari kotoran udara dan cuaca panas. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk anda kelihatan seperti muda. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.

Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist

Produk ini memang dicipta khas untuk lelaki. Garnier yang memahami lelaki, telah mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dengan  krim pencerah pelembap yang mempunyai bebas gris dimuatkan dengan volcanic mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang membantu akan melawan masalah kulit anda sekali pakai. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan. Bukan sahaja itu ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas dari minyak.

 

L’oreal Men Expert Barberclub Face & Beard Oil

 

Untuk mereka yang mempunyai jambang, mungkin anda boleh cuba produk ini. Cara pemakaiannya, sapukan pada jambang anda setelah mandi dengan menggunakan sikat. Lakukan ia seperti rambut anda. BarberClub Long Beard Oil sangat menyihatkan kulit dan keadaan janggut yang terbaik dalam janggut kelas sepanjang hari. Diperkaya dengan minyak pati Cedarwood.

 

Dove Men+Care Face Lotion

Dove amat memahami kaum Adam dimana golongan ini juga memerlukan pelembap harian untuk merawat kulit wajahnya. Oleh karena itu, mereka mencipta produk Dove Men+Care Face Lotion. Pelembab ini menawarkan perlindungan khusus untuk kulit kering. Produk ini akan menghidrasi kulit yang kering dan memberi kelembaban intensif.

Tak perlu risau dengan wajah berminyak setelah memakai produk ini karena formula pelembab Dove Men ini mudah meresap ke dalam kulit. Tambah SPF 15 di dalam Dove Men+Care Face Lotion membuat wajah Anda terlindung dari kerusakan yang disebabkan oleh sinar matahari.

 

 

 

 

 

Sumber produk:  productnation.co/bacaterus.com

Published by
Maiya Deen