Kegatalan serta kemerahkan pada kulit muka memang merimaskan bukan? Kadang-kadang muka kita merasa pedih dan sekaligus perkara seperti ini akan menjejaskan mood anda.

 

Muka Berkerak Macam Pasir? Awas! Kulit Anda Sudah Dijangkiti Bakteria. Jom Ikut Langkah Ini!

 

Selalunya ia terjadi jika kulit anda terdedah kepada bakteria  lain (infection), alergik  ataupun bekas daripada jerawat lama yang tidak terhapus lagi secara menyeluruh dan jika ia tidak dipulihkan secepat mungkin masalah ini akan berlanjutan dengan teruk.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah kegatalan dan kemerahan itu? Mari ikuti tips mudah dibawah.

Timun

 

Muka Berkerak Macam Pasir? Awas! Kulit Anda Sudah Dijangkiti Bakteria. Jom Ikut Langkah Ini!

 

Sejak dari dahulu lagi timun sudah dipercayai  dalam membuat rawatan pada wajah. Kalau anda lihat, banyak produk berasaskan timun diluar sana kerana ia menyihatkan kulit.

Ads

Mempunyai kandungan dengan unsur kedinginan, ia mampu untuk meredakan kemerahan serta kegatalan.

Caranya:-

  • Kisar /parut timun.
  • Ambil timun yang sudah lumat dan sapukan kepada keseluruhan wajah seperti masker.
  • Biarkan selama 20 minit agar segala khasiat ataupun zat daripada timun tersebut meresap ke dalam kulit anda secara menyeluruh.
  • Selepas itu bilas dengan air bersih.

 

Lidah Buaya (Aloe Vera)

 

Muka Berkerak Macam Pasir? Awas! Kulit Anda Sudah Dijangkiti Bakteria. Jom Ikut Langkah Ini!

Lidah Buaya ataupun Aloe Vera paling berkesan untuk merawat kemerehan khususnya dan kegatalan pada masa yang sama.

Ads

Ia akan melembapkan kulit wajah kering dan mengurangkan segala redangan ataupun alergi yang ada pada wajah anda.

Caranya:-

  • Potong Lidah Buaya kepada dua bahagian, daripada bahagian atas ke bawah secara menegak.
  • Keluarkan gel yang ada didalam Lidah Buaya itu dan sapukan terus pada kawasan yang mempunyai kemerahan dan kegatalan.

Kiub Ais

Muka Berkerak Macam Pasir? Awas! Kulit Anda Sudah Dijangkiti Bakteria. Jom Ikut Langkah Ini!

Kiub ais sebenarnya dapat meredakan kemerahan yang terjadi di wajah anda kerana aliran darah akan turun dan mengalir di tempat bahagian selain daripada wajah.

Kesannya, kulit anda bersih tanpa sebarang kotoran dan sel kulit mati pada wajah akan cepat hilang.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu gosok kiub ais pada bahagian muka secara terus dan ratakan pada seluruh bahagian muka.

Ads

Daun Pudina

 

Muka Berkerak Macam Pasir? Awas! Kulit Anda Sudah Dijangkiti Bakteria. Jom Ikut Langkah Ini!

 

Daun pudina sangat berkesan sebagai ajen pendingin kulit yang dapat melegakan redangan di wajah anda.

Caranya:

Mudah sahaja! Tumbuk daun pudina sehingga lumat ataupun seakan pes dan terus sapukan pada wajah anda.

Kesimpulan

Anda tidak boleh memandang ringan dengan masalah kemerahan dan kegatalan kulit, jika ia tidak dirawat pada peringkat awal, kondisi wajah anda akan terus bermasalah dan mungkin ia akan lebih susah untuk dipulihkan.

 

sumber: remedy.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI