Minggu ini peminat sukan Bola Sepak di Malaysia pasti teruja kerana pasukan kegemaran mereka rata-ratanya mencatatkan kemenangan yang membanggakan. Ini juga termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau merupakan seorang peminat pasukan bola sepak yang berpengkalan di Liverpool, England iaitu Liverpool F.C. Apa yang menarik adalah, Dr. Zul bukan peminat yang biasa-biasa, kerana beliau seringkali merujuk kemenangan pasukan itu sebagai medium sebaran dakwah serta cara untuk mendekati golongan muda.

Baru-baru ini, pasukan Liverpool telah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Redbull Salzburg yang mana ia adalah pasukan yang bertanding dalam liga Austria dengan keputusan 4-3.

Dengan keputusan berikut, Dr. Zul telah mengeluarkan satu artikel yang telah menerima banyak reaksi positif di semua laman sosial yang digunakan oleh beliau.

Mari ikuti perkongsian Dr. Zul terhadap kemenangan pasukan Liverpool FC.

QALAM MUFTI #48: LIVERPOOL SANG JUARA YANG BANGKIT SEMULA

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dunia Bola Sepak Antarabangsa pagi ini telah dikejutkan dengan keputusan Juara Bertahan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu iaitu Liverpool yang telah berjaya diikat oleh pasukan lawannya Red Bull Salzburg yang juga pendahulu liga utama negara Austria, dengan jaringan gol 3-3 setelah mereka mendahului lawan sebelum itu 3 gol berbalas kosong.

IKLAN

BACA: Ketahui Kebaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid Terutamanya Pada Hari Jumaat

Antara pengajaran yang kami dapati daripada permainan tersebut ialah:

Combination Play

Semangat berpasukan dan persefahaman yang tinggi dalam kalangan pemain Liverpool telah menghasilkan 4 Gol Team Play yang berkelas dunia. Gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh Sadio Mane, Andrew Robertson dan Mohamed Salah dibantu bantuan gol oleh Roberto Firmino. Pengajarannya, jika kita ingin berjaya dalam hidup kita ini, kita perlukan pasukan ‘sahabat’ yang baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Kelekaan Mengundang Padah

Segalanya tampak sempurna dengan Liverpool berjaya mengungguli lawan 3-1 tamat separuh masa pertama. Namun, kelekaan pasukan dalam bertahan mula menjadi kronik di awal separuh masa kedua, yang akhirnya memberi peluang kepada lawan untuk menyamakan jaringan gol. Sesungguhnya kelekaan saat diuji dengan kesenangan itu sangat membahayakan ketika diri terasa berada di dalam ‘Comfort Zone’. Pengajarannya, bersama kita awasi ‘Ujian Kesenangan’ dan sentiasa mencabar diri untuk terus membaiki diri menjadi orang yang lebih baik.

Kegagalan Bukan Alasan Berputus Asa

Pasukan Liverpool telah membuktikan, kegagalan mereka mempertahankan kelebihan gol akibat kelalaian mereka adalah bukan suatu alasan. Mereka telah sedar segera dan terus menyusun strategi serta tidak langsung berputus asa. Ini akhirnya berjaya membawa mereka memperoleh Gol Kemenangan yang telah dijaringkan oleh Mohamed Salah yang sangat klinikal saat menerima umpanan rakannya. Pengajaran yang boleh kita dapati ialah di saat kita diuji dengan kegagalan, jangan sesekali terus berputus asa untuk bangkit semula. Anggaplah ujian tersebut sebagai satu bentuk peringatan dari Tuhan, positifkan minda dan terus melangkah semula dengan gagah serta penuh tawakkal pada Ilahi.

IKLAN

Sekalung tahniah dan terima kasih Liverpool!

Anda telah memberi inspirasi dan semangat buat ramai masyarakat dunia hari ini.

Ini antara reaksi yang ditunjukkan oleh netizen yang mengikuti laman media sosial Dr. Zul di Facebook:

Guna banyak contoh dalam kehidupan untuk menyampaikan dakwah

Mufti Wilayah Persekutuan Peminat Liverpool, Netizen Tertarik Medium Dakwah Santai Dr. Zul

IKLAN

Satu pendekatan dakwah yang cukup baik

Mufti Wilayah Persekutuan Peminat Liverpool, Netizen Tertarik Medium Dakwah Santai Dr. Zul

Pendekatan yang penuh berhemah

Mufti Wilayah Persekutuan Peminat Liverpool, Netizen Tertarik Medium Dakwah Santai Dr. Zul

Walaupun bersukan tetapi masih lagi boleh ambil pengajaran

Mufti Wilayah Persekutuan Peminat Liverpool, Netizen Tertarik Medium Dakwah Santai Dr. Zul

Sumber: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI