Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
Kacau dan masukkan dalam botol spray.
Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
Ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak semua orang tahu secara mendalam tentang apa yang terkandung di bawah bonet hadapan kereta namun stidak-tidaknya sebagai pemilik kereta, pengguna, pemandu atau lelaki anda perlu tahu asas beberapa tip servis kereta.
Ya, tidak semua orang mahir tentang kereta tetapi untuk kesenangan anda dan juga mengelakkan diri daripada ditipu eloklah anda tahu asas servis kereta.
Jangan pula nanti anda mengeluh bila sudah kena ‘ketuk’ dengan bengkel yang cuba ambil kesempatan mengenakan harga yang tak masuk akal.
Berikut MASKULIN kongsi 10 tip servis asas yang perlu anda tahu!
Satu perkara anda perlu tahu ialah menukar spark plug tidak sekerap minyak hitam. Mengikut jadual buku selenggaraan, ia harus ditukar selepas setiap 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tak tukar bila mencecah 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera.
Perkara yang simple tapi sangat penting iaitu minyak hitam. Jika minyak hitam jenis bukan sintetik, anda perlu ditukar pada setiap 5,000km ataupun selama tiga bulan. Jika anda guna minyak sintetik, waktu untuk ditukar adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.
Jangka hayat sebuah bateri kereta bergantung kepada cara penggunaan. Jika pakai bateri jenis free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya sedikit mahal daripada yang biasa.
Jika bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. Tapi jika asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun boleh rosak.
Jadual menukar timing belt berbeza mengikut jenis kereta. Kereta sedan yang besar biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km.
Jadi, anda hanya perlu menukar timing belt mengikut kenderaan. Ramai yang tersilap menukarnya bila sudah mencecah 60,000km sedangkanbesar kemungkinan ia masih elok lagi. Namun haruslah diperiksa dari semasa ke semasa.
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu.
Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekali gus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan.
Penapis udara atau air filter pula perlu ditukar setiap perjalanan mencecah 20,000km.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki kereta pada masa kini merupakan satu keperluan asas terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga. Tanpa kereta mungkin agak sukar untuk melakukan tugasan harian sama ada untuk kerja atau pun hal-hal melibatkan urusan rumahtangga.
Dan satu kebiasaan juga bagi kita rakyat Malaysia yang ingin membeli kereta baharu melakukan pinjaman bank bagi pembiayaan kereta.
Di negara kita rata-rata kadar paling rendah untuk bayaran pendahuluan atau deposit ialah sebanyak 10% dari harga kereta atau kenderaan yang ingin dibeli.
Manakala bakinya adalah berdasarkan pinjaman pembiayaan dari bank. Menariknya kita diberi pilihan untuk membuat pinjaman sama ada selama 5, 7 atau 9 tahun.
Namun tempoh itu juga bergantung kepada kelulusan bank berdasarkan faktor-faktor kewangan atau ‘credit score’ anda sendiri.
Persoalannya tempoh pinjaman yang manakah lebih baik dan apakah perbezaan di antara melakukan pinjaman tempoh yang lama atau sekejap.
Untuk mendapatkan jawapan ini, MASKULIN telah menemubual seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam perkara melibatkan jual beli kereta.
Temubual yang turut diselitkan sebagai tajuk utama bagi program video terbaru kami iaitu RMaskulin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin selama ini menjadi persoalan bagi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini anda boleh tonton video di bawah;
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda untuk sekarang dan masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada satu rasa romantisme yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata bila berbicara tentang motosikal berkuasa tinggi dan jenama dari Itali, Ducati.
Sejak berdekad lamanya nama jenama Ducati cukup mesra di hati setiap penggemar kenderaan beroda dua ini. Maka tidak hairanlah setiap keluaran atau model yang diperkenalkan akan sentiasa menjadi bualan hangat peminat motosikal.
Minggu lalu Ducati telah ‘mengusik’ peminatnya dengan beberapa foto teaser serta pengumuman tentang model istimewa edisi terhad, Panigale V4 25th Anniversario 916.
Menariknya model yang benar-benar istimewa ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja di pasaran dan sekali gus bakal menjadi hot item yang pasti menjadi idaman ramai peminat motosikal terutamanya penggemar Ducati.
Ia dijangka dikeluarkan di pasaran bermula pada bulan Oktober tahun ini. Pengenalan edisi terhada ini bersempena dengan sambutan ulang tahun model Ducati 916 yang ke-25.
Model legenda ini direka oleh Massimo Tamburini pada tahun 1994 dan pernah memenangi sehingga 120 perlumbaan, 8 gelaran pengeluar dan 6 gelaran juara kejohanan. Ini terutamanya ketika era di mana ia ditunggang oleh Carl Fogarty.
Mungkin peminat Ducati sendiri terntanya-tanya pakah keistimewaan model yang benar-benar terhad ini? Edisi Panigale V4 25th Anniversario 916 ini dikatakan menggunakan asas daripada model V4 S. Namun pada bahagian hadapannya ia merupakan idea atau komponen dari model V4 R.
Ia juga dilengkapi dengan enjin dari unit V4 Stradale dengan enam kelajuan, klac slipper kering di mana ia mampu mengeluarkan sehingga 214 kuasa kuda pada bacaan 13,000 rpm dan 124 Nm tork pada 10,000 rpm.
Antara ciri-ciri istimewa lainnya pula ialah rim magnesium yang diperkuar Marchesini, top yoke yang diukir dengan nombor nengeluaran edisi khas, komponen gentian karbin, ekzos titanium Akrapovic dan suspensi unit elektrik daripada Ohlins.
Harga yang diumumkan untuk pasaran di Eropah bermula dari EUR41,00 (RM194,000) manakala untuk keluaran yang kelima pula akan dilelong dalam satu acara khas bagi memperibgatu Carlin Dunne yang meninggal dunia baru-baru ini dala perlumbaan di Pikes Peak.
Adakah deruman bunyi ekzosnya boleh kita dengar di jalan raya di Malaysia? Sama-sama kita tunggu. Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 bukan sahaja produk automotif semata tetapi membawa indikasi hasil kerja seni bertaraf tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.