Telur secara umumnya memang memiliki banyak khasiat dan ia merupakan salah satu sumber makanan yang digalakkan untuk diambil setiap masa.
Selain mampu berfungsi sebagai menu diet kerana telur mampu membuatkan perut seseorang kenyang agak lama, ini adalah antara kelebihan lain :
Kecilkan ukuran pinggang dengan makan dua biji telur separuh masak pada setiap hari. ‘Lemak jahat’ dalam telur separuh masak juga merupakan sumber yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja. Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline’ adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
Berikut adalah cara-cara yang mudah untuk menyediakan telur separuh masa ini :