Buah oren memang banyak khasiatnya sebagai buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin C. Rata-rata daripada kita tak gemar membeli buah oren kerana bimbang anda terpilih buah oren yang masam.
Malah ada juga penjual yang tidak jujur menjual buah oren yang masam sehingga nak makan buah oren pun sampai berkerut muka.
Jangan bimbang, rupanya nak memilih buah oren ini pun ada caranya. Chef Izz Izzahan
berkongsikan petua untuk memudahkan anda memilih buah oren yang manis dengan cara betul.Semoga bermanfaat.
BACA: Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!
Geram kan bila tauke jual buah tu tipu kita? Kan dah rugi besar!
Anda biasa main hentam aje beli kalau isteri suruh beli, tak pernah tanya pasal buah oren ni, hehehe. Sampai isteri tegur anda beli buah oren semua masam.
Sebenarnya tu normal pada si suami beli buah oren kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Tapi selepas tahu dua tips ini terus anda berangan jadi tauke buah oren perghh! , yang mana satu buah oren masam, yang mana satu manis hihihi.
BACA: Amalkan 3 Tip Ini Agar Vitamin C Yang Anda Makan Lebih Berkesan!
Buah oren yang berlubang satu titik kecil di bahagian bawah mengandungi BUAH OREN MASAM.
Buah oren berlubang besar (macam pusat manusia pulak hihi), confirm OREN MANIS dan sedap anak-anak pun suka.
Mulai hari ni, Izz yakin dan percaya, anda sebagai tegar buah oren mesti tidak ditipu perniaga buah oren yang masam. Anda boleh pilih buah oren sendiri tanpa bantuan orang lain dan bawak balik buah oren manis untuk kelaurga dan jiran rumah.
P/S : Jangan lupa amal dan #Share pada kenalan dan keluarga masing-masing ye.
#ChefIzzahan
#IzzysRecipe