Buah oren memang banyak khasiatnya sebagai buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin C. Rata-rata daripada kita tak gemar membeli buah oren kerana bimbang anda terpilih buah oren yang masam.
Malah ada juga penjual yang tidak jujur menjual buah oren yang masam sehingga nak makan buah oren pun sampai berkerut muka.
Jangan bimbang, rupanya nak memilih buah oren ini pun ada caranya. Chef Izz Izzahan berkongsikan petua untuk memudahkan anda memilih buah oren yang manis dengan cara betul.
Semoga bermanfaat.
BACA: Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!
Petua pilih buah oren
Geram kan bila tauke jual buah tu tipu kita? Kan dah rugi besar!
Anda biasa main hentam aje beli kalau isteri suruh beli, tak pernah tanya pasal buah oren ni, hehehe. Sampai isteri tegur anda beli buah oren semua masam.
Sebenarnya tu normal pada si suami beli buah oren kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Tapi selepas tahu dua tips ini terus anda berangan jadi tauke buah oren perghh! , yang mana satu buah oren masam, yang mana satu manis hihihi.
BACA: Amalkan 3 Tip Ini Agar Vitamin C Yang Anda Makan Lebih Berkesan!
+ Buah Oren Sebelah Kiri
Buah oren yang berlubang satu titik kecil di bahagian bawah mengandungi BUAH OREN MASAM.
+ Buah Oren Sebelah Kanan
Buah oren berlubang besar (macam pusat manusia pulak hihi), confirm OREN MANIS dan sedap anak-anak pun suka.
Mulai hari ni, Izz yakin dan percaya, anda sebagai tegar buah oren mesti tidak ditipu perniaga buah oren yang masam. Anda boleh pilih buah oren sendiri tanpa bantuan orang lain dan bawak balik buah oren manis untuk kelaurga dan jiran rumah.
P/S : Jangan lupa amal dan #Share pada kenalan dan keluarga masing-masing ye.
#ChefIzzahan
#IzzysRecipe
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Trik Mudah Nak Wajah Muda Dari Usia Sebenar, Kena Kerap Berjalan Kaki!
Jika anda ada pilihan dan masih mampu untuk berjalan kaki, sila lakukan demikian. Jangan asyik nak mudah menaiki kenderaan untuk pergi ke tempat yang dekat. Bukan saja buat wajah muda dari usia sebenar, kerap berjalan kaki juga banyak kelebihan lain.
Jom kita tengok apa kelebihan lain berjalan kaki ini.
1. Lebih awet muda
Bejalan kaki membuatkan otak anda menjadi lebih aktif.
2. Kurangkan metabolic syndrome
Penyelidikan yang dibuat oleh Duke University Medical Center mengatakan berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
3. Menguatkan tulang dan otot
Berjalan kaki boleh mengelakkan kehilangan jisim tulang yang disebut sebagai osteoporosis. Tekanan yang diberikan ke atas tulang menjadikan ia lebih kuat. Sendi juga akan menjadi lebih sihat dengan banyak berjalan.
Ini dapat mengurangkan risiko penyakit sendi seperti osteoartritis. Malah ia juga membantu mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
4. Meningkatkan peredaran darah
Ia juga mencegah penyakit jantung, merendahkan tekanan darah serta menguatkan jantung. Apabila anda banyak berjalan, jantung akan bekerja lebih kuat. Memandangkan jantung adalah sejenis otot, ia akan menjadi kuat apabila selalu menerima tekanan (dalam batasan yang selamat) seperti otot-otot yang lain. Peredaran darah yang baik menjadikan sel-sel badan lebih sihat.
5. Memberikan mood yang baik dan kurang stres
Berjalan kaki selama 90 minit selama seminggu boleh membuatkan mood anda lebih gembira. Tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil endorphin. Hormon ini bertanggungjawab melahirkan mood yang baik, sekali gus mengurangkan stres yang dialami dalam kehidupan dan membuatkan anda bahagia.
6. Membantu mengurangkan risiko kanser payudara
Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Ketika berjalan, lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
7. Buat tidur jadi lebih nyenyak
Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu jadi lebih nyenyak di waktu malam.
8. Mengawal berat badan
Anda boleh mengekalkan berat badan sihat semudah ini. Berjalan kaki dengan laju selama 30 minit boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia tidak memerlukan kos dan komitmen yang terlalu banyak. Jika susah untuk mencari waktu khusus, anda boleh jadikan ia amalan berkala.
Contohnya, naik tangga berbanding lif dan letakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Bagi wanita pula jika berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun.
9. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi
Bagi orang yang berumur, keseimbangan adalah sesuatu yang sangat penting. Jika terjatuh, banyak bahaya yang boleh berlaku termasuk patah tulang dan kecederaan di kepala. Oleh itu, keseimbangan dan koordinasi adalah sangat penting dalam mencegah perkara yang diingini daripada berlaku.
10. Tubuh menjadi lebih relaks
Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Usah Malu Jika Sentiasa Lesu Kerana Anda Mungkin Tak Tahu Penyebabnya
Penat itu bukan sahaja pada fizikal tetapi pada minda. Jika terlalu penant segala apa kerja sukar berjalan dan kita sendiri sukar memberikan tumpuan yang aling optimum.
Tapi keletihan akibat kehabisan tenaga itu bukanlah satu perkara pelik. Namun perkara ini harus dibezakan dengan kondisi di mana anda sering berasa lesu dan penat walapun tidak melakukan apa-apa pun sepanjang hari.
Itu adalah satu perkara yang pelik dan tak kena berlaku pada diri anda. Kenapakah anda boleh rasa penat sedangkan tak buat sebarang kerja berat pun? Usah risau kerana terdapat beberapa penjelasan mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada diri anda.
Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya keletihan atau lesu.
Tidur
Mungkin selama ini anda rasa tidur selama 7 hingga 8 jam sehari sudah mencukupi. Akan tetapi adakah tidur anda itu adalah tidur yang berkualiti? Tak mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti merupakan salah satu punca mengapa keletihan dan kelesuan berlaku.
Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda.
Kemurungan
Tak dapat dinafikan semakin lama semakin ramai generasi muda terutamanya golongan lelaki berdepan dengan masalah kemurungan. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemurungan dan ia lebih parah jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan. Kemurungan bukan sahaja membuat anda lesu tetapi ia turut menjejaskan corak diet pemakanan, tidur serta apa yang anda rasakan tentang diri anda.
Tanpa mendapatkan rawatan, simptom berkaitan kemurungan ini mungkin akan berlanjutan sehingga berminggu, berbulan, bahkan mungkin bertahun. Kemurungan boleh mengurangkan tenaga, mengubah corak tidur dan pemakanan, menganggu ingatan dan fokus serta membuatkan anda berasa putus harapan, tidak bernilai dan sentiasa berfikiran negatif.
Makanan
Tahukah anda alahan terhadap makanan juga boleh menyebabkan badan berasa lesu? Alahan makanan atau tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan.
Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.
Tekanan
Stres merupakan antara musuh besar kepada kesihatan mental dan fizikal. Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara. T
etapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan. Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.
Kesihatan
Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerap Makan Menggunakan Pelapik Plastik, Punca Kanser Semakin Menjadi-Jadi
Plastik adalah polimer organik yang mempunyai jisim molar (molar mass) yang tinggi. Biasanya plastik diperbuat secara sintetik daripada bahan petrokimia.
Penggunaan plastik kini adalah sangat meluas bagi menggantikan bahan yang diperbuat daripada kayu, batu, kulit, metal, kaca dan seramik terutamanya perabot (kerusi, meja plastik), bekas makanan dan minuman, paip air, alat tulis dan sebagainya disebabkan kos pengeluaran yang lebih murah dan sifatnya yang tidak mudah pecah/retak/patah. Antara jenis-jenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polycarbonate (PC), polyester(PES), polyethylene (PE), polyvinyl chloride (PVC) dan polystyrene (PS).
Pembungkus plastik, botol air pakai-buang (disposable), botol susu bayi dan cawan (rujuk Gambar 1) biasanya mengandungi bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik seperti polycarbonate dan epoxy resins seperti glu/gam dan saduran (coating).
BPA mampu bertindak sebagai oestrogen yang berpaut pada reseptor yang sama di dalam badan dan memberi kesan buruk kepada hormon dan sistem reproduksi (reproductive system) dan kesuburan (fertility) [1]. BPA mampu ‘larut’ (leach) dari plastik ke dalam makanan dan minuman melalui air.
Dah ada negara yang haramkan penggunaannya tak?
Disebabkan bahaya dan kesan buruk BPA kepada kesihatan dan susulan daripada tekanan masyarakat awam (public pressure), beberapa negara telah mengharamkan penggunaan BPA dalam pembuatan plastik seperti negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) bermula pada tahun 2011. Tambahan lagi, meskipun tiada kajian sains mendapati BPA sebagai penyebab kanser, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai bahan yang berisiko tinggi yang menyebabkan kanser (high risk to be carcinogen).
Gambar 1. Botol air dan botol susu yang biasanya mengandungi BPA
Ada tak pengganti kepada BPA?
Susulan daripada pengharaman BPA (rujuk Gambar 2) di beberapa buah negara, kajian telah dilakukan untuk menggantikan BPA dengan bahan lain. Salah satu pengganti BPA adalah fluorene-9-bisphenol (BHPF). Tetapi malangnya, kajian juga mendapati BHPF juga bertindak sama seperti BPA – iaitu berpaut pada reseptor oestrogen dalam badan.
Jianying Hu (Peking University, Beijing) mendapati dalam 100 orang pelajar kolej yang minum air daripada botol plastik, 7 orang pelajar mempunyai BHPF yang dikesan di dalam darah mereka
Hu juga menasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik seboleh mungkin dan mengelakkan meletak bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan alat pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) kerana bekas plastik bertindak balas (degrade) apabila dikenakan haba.
Walaupun terdapat pelbagai jenis plastik dan bukan semua plastik berbahaya, produk plastik mengandungi pelbagai jenis bahan tambahan (additives) yang digunakan untuk mengukuhkan dan memberi spesifikasi pada plastik. Maka, langkah pencegahan untuk mengurangkan penggunaan plastik wajar digalakkan.
Meskipun produk plastik itu dikatakan selamat, tetapi masih berpontesi memberi bahaya dan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, vinyl chloride yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik polyvinylchloride(PVC) dan styrene sebagai monomer untuk plastik polystyrene. Vinyl chloride dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser otak, paru-paru dalam limpa manakala sytrene dikenali sebagai bahan bersifat neurotoxic.
Tindakan Masyarakat Awam
- Mengurangkan penggunaan plastik seminimum mungkin. Beg plastik yang digunakan untuk ke pasar, supermarket boleh digantikan dengan beg kain untuk mengisi buah-buahan atau makanan.
- Menggunakan pinggan dan gelas / cawan kaca atau seramik semasa makan bagi menggantikan pinggan dan cawan plastik.
- Kurangkan membungkus makanan menggunakan bekas plastik. Boleh gunakan kertas pembalut makanan untuk membalut makanan. Atau bagi yang lebih tradisional, boleh menggunakan daun pisang seperti membalut nasi lemak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI