Gaya Hidup

Mudah Rupanya Nak Bersihkan Aircond Guna Remote, Hanya Ambil Masa 15 Minit Je!

Share

Rupanya ada cara mudah nak bersihkan aircond guna remote. Lebih jimat kerana anda boleh buat sendiri tanpa perlu mengupah orang untuk membersihkan aircond.

Jadi selepas ni tak perlulah anda risau kalau aircond anda kurang sejuk kerana anda boleh lakukannya sendiri. Ini cara-caranya.

BACA: Cara Betul Nak Pasang Aircond Untuk Jimat Elektrik, Rupanya Ramai Yang Salah Guna!

CARANYA:

Selepas anda gunakan aircond pada waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.

TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND

– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian, barulah matikan aircond.

MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?

Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ? Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran serta kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)

PESANAN

Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Kredit: Malaysia Viral Story

Published by
Team Maskulin