MTB vs Road Bike : Masing-masing Punya Kekuatan & Kelebihannya Tersendiri

Share

Ada yang dilema, patutkah mereka membeli basikal jenis Mountain Bike atau lebih dikenali sebagai MTB mahupun Road Bike?

Ramai orang lebih memilih MTB kerana faktor harganya yang lebih murah, mampu milik dan rekaannya lebih tegap serta kukuh berbanding Road Bike.

Walaupun sesetengah orang mendapati kedua-dua basikal ini mungkin kelihatan sama, tetapi ia mempunyai fungsi yang agak berbeza.

Namun, apakah fungsi sebenar dan perbezaan MTB dan Road Bike?

Di sini MASKULIN berikan perbezaan kedua-dua basikal ini untuk rujukan anda yang baharu ataupun mahu berjinak-jinak dalam dunia basikal.

MAKSUD MOUNTAIN BIKE (MTB)

MTB bersifat dua alam (on road dan off road), namun ia lebih seronok dikayuh off-road. Ini kerana tayarnya yang tebal dan suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road.

Bukan itu sahaja, MTB adalah basikal yang dirancang untuk mengembara mengikut rupa bumi yang tidak rata dan kasar.

MAKSUD ROAD BIKE

Road Bike adalah basikal dalam posisi kedudukan erodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalan raya bertar.

Ia tampil dengan pakej entry, komponen aloi, kerangka keluli murahan dan memerlukan penambahbaikan. Tayar road Bike dicipta halus sesuai untuk digunakan pada permukaan yang licin seperti jalan metalik.

#1: Perbezaan Fungsinya
MTB: Dimaksudkan untuk kestabilan, keseimbangan, dan ketahanan.
RB: Dimaksudkan untuk kestabilan, keseimbangan, dan ketahanan.

#2: Halangan
MTB: Digunakan untuk menunggang di tempat-tempat yang tidak mempunyai jalan berturap seperti trek tanah, atas halangan seperti log dan batu.
RB: Digunakan untuk menaiki jalan berturap.

#3: Frame
MTB: Lebih berat dan lebih tebal berbanding basikal jalan raya kerana penekanan pada kestabilan dan kawalan.
RB: Lebih halus dan rekaan penekanan adalah untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan badan yang lebih ringan, aerodinamik.

#4: Handle 
MTB: Bar basikal atau handle lebih rata dan tidak melengkung di bawah.
RB: Handlenya terbahagi kepada dua, rata dan melengkung atau digulung.

#5: Tayar, Rims dan tiub
MTB: Lebih luas, lebih banyak bunga dan tarikan untuk mengelak.
RB: Tayar basikal lebih kurus dan nipis.

#6: Kelajuaan
MTB: Lebih stabil kerana ia mementingkan kestabilan.
RB: Boleh mencapai kelajuan yang lebih tinggi.

Bagi anda yang sedang mencari kasut atau pakaian sukan, dapatkan tawaran hebat sehingga 35% dari adidas di sini!

Tawaran ini bermula tengah malam ini, 12am sehingga 21 Jun 2020!

Sumber: Betweenmates & GMan

Published by
Team Maskulin