Sukan

Mr. Penang 2024 Bakal Saksikan Lebih 120 Peserta ‘Sado’ Berentap

Share

Pertandingan Mr. Penang 2024 yang dianjurkan Penang Bina Badan Pulau Pinang (PBBA) bakal kembali lagi dengan penyertaan lebih meriah.

Acara yang bakal berlangsung di Hotel G Gurney pada 22 Jun 2024, bakal menyaksikan lebih 120 peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merebut kedudukan teratas dalam arena bina badan.

Peserta yang berjaya akan melangkah seterusnya ke pertandingan antarabangsa seperti SEA Sports, Mr. Asia, Mr. Commonwealth, Mr. Olympia, dan Mr. Universe.

PBBA yang turut bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, telah menganjurkan kejuaraan ini ke dalam kategori fisiologi atletik untuk lelaki dan wanita.

Ia bukan sahaja menjadi platform untuk peserta menunjukkan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga medan untuk mereka mempamerkan hasil latihan berdisiplin dan pengurusan diet yang ketat.

ATLET BERPOTENSI

Menurut Timbalan Presiden PBBA, Encik Yeap Tzu Tsing, “Bidang sukan adalah platform utama untuk menghasilkan atlet yang memiliki potensi, dinamik dan mencapai tahap kecergasan maksimum.

“Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui latihan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot fizikal, saraf, dan emosi.”

Tambahnya lagi proses transformasi ini penting untuk menghasilkan atlet bina badan berkualiti tinggi dari Penang dan membawa mereka ke puncak kejayaan di peringkat antarabangsa.

Mr. Penang 2024 bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi juga merupakan inisiatif untuk memartabatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bagi komuniti bina badan.

PBBA bertekad untuk meningkatkan pendedahan dan kepelbagaian dalam sukan bina badan melalui dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi.

BACA: 6 Senaman Untuk ‘Upper Body’ Terutama Bahagian Dada, Baru Mantap!

Mereka juga aktif dalam mengedukasi masyarakat mengenai kepentingan jadual latihan yang teratur, pengambilan nutrisi yang seimbang, dan gaya hidup yang sihat—semua ini tanpa penggunaan bantuan ubat penambah prestasi.

Di antara tetamu istimewa turut hadir pada acara ini termasuklah, Exco Belia dan Sukan Negeri Penang, Daniel Gooi; Presiden Persatuan Bina Badan Pulau, Tan Chee Kean; Timbalan Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang, Mr. Yeap Tzu Tsing dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Penang, Harry Chai.

Kehadiran mereka tidak hanya menambah semangat peserta tetapi juga meningkatkan profil acara ini sebagai acara sukan yang tidak boleh dilepaskan.

Mr. Penang 2024 dijanjikan sebagai platform pertunjukan bagi atlet-atlet Penang yang akan membawa nama negeri ke peringkat yang lebih tinggi di arena global.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim