Motosikal Yamaha Y16 Antara Hadiah Menarik Peraduan Wangi & Menang Bliese

Share

Meraikan ulang tahun mereka yang ketiga jenama minyak wangi tempatan yang kian mendapat tempatan di hati pengguna seluruh negara, Bliese Body Perfume atau Bliese memperkenalkan beberapa inovasi baharu.

Antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml.

Penambahbaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan menepati citarasa pelanggan.

Tambahan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ & ‘Intense’.

Oleh itu, bagi menyokong pelancaran botol baru tersebut, Bliese mengadakan PERADUAN WANGI & MENANG khas untuk pelanggan Bliese dengan jumlah hadiah sehingga RM50,000.00 bagi memperkenalkan produk wangian badan berwajah baharu iaitu Bliese Body Perfume kepada orang ramai di seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Siful atau lebih mesra dikenali Remy berkata peraduan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan produk inovasi terbaru Bliese iaitu Bliese Body Perfume 35ml di pasaran.

“Kami juga ingin mengharga setiap pelanggan yang membeli Bliese Body Perfume dengan mengadadakan cabutan bertua dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000,” tambahnya lagi.

Lebih menarik antara hadiah lumayan yang ditawarkan untuk peraduan ini ialah sebuah motosikal Yamaha Y16, sebuah motosikal Honda ADV 150, dua unit iPhone 14, satu unit TV LED Samsung 55 inci serta hadiah saguhati berbentu produk Bliese bernilai RM50 untuk 100 orang pemenang.

Macam cipta peluang dan menangi hadiah menarik seperti dinyatakan di atas? Berikut cara penyertaan serta terma dan syarakat Peraduan Wangi & Menang:

1. Beli Bliese Body Perfume 35ml yang bernilai RM55.00.

2. Gores pelekat yang berada di sisi kotak Bliese Perfume.

3. Imbas QR untuk isi data MAKLUMAT ANDA dan KOD SIRI UNIK.

4. Setiap unit Bliese Body Perfume mempunyai KOD SIRI UNIK yang tersendiri.

5. Tarikh peraduan bermula dari 1 November 2022 sehingga 31 Disember 2022.

6. Pemenang akan dipilih dan diumumkan semasa sesi “FB LIVE” Bliese yang akan
berlangsung pada 6 Januari 2023, 8.30 malam.

7. SILA SIMPAN KOD SIRI YANG TELAH DITERIMA UNTUK DISEMAK SEMULA
SEWAKTU PENGUMUMAN PEMENANG CABUTAN BERTUAH.

Jelas Bliese, mereka menyasarkan sejumlah 90,000 penyertan bagi Praduan Wangi & Menang melihatkan hadiah menarik ditawarkan. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang produk mereka anda boleh layari Facebook Bliese di sini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim