Bagi wanita ramai yang menganggap rambut merupakan mahkota mereka. Bagaimana pula dengan mahkota kaum lelaki? Sejujurnya tidak pernah pula MASKULIN mendengar perumpamaan apakah yang boleh dikatikan antara rambut dengan lelaki.
Tetapi kami yakin motosikal berkuasa tinggi pasti berada dalam senarai yang teratas. Bukan sahaja membawa simbol kelajuan, perkasa dan penuh maskulin motosikal berkuasa tinggi telah lama menjadi ‘aksesori’ bagi seorang lelaki.
Tidak hairanlah bila motosikal berkuasa tinggi lalu melintas setiap lelaki pasti akan menoleh buat kali kedua. Hanya kuasa wanita sahaja yang dapat menandingi aura sebegini.
Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal yang sering dikaitkan dengan sifat kejantanan sejak zaman-berzaman. Malah motosikal inilah yang telah membawa banyak sub-culture
baru dalam dunia lelai yang sering ditonjolkan di dalam banyak filem, televisyen, lagu dan juga karya lukisan.
Pembikin motosikal legenda ini juga telah memperkenalkan motosikal termahal dalam sejarah mereka. MASKULIN perkenalkan, Harley-Davidson Blue Edition.
BACA: Bila Tinggalkan Kereta Terlalu Lama, Ini Yang Patut Anda Buat
Motosikal yang dikatakan dihasilkan sepenuhnya dengan hasil kerja tangan ini merupakan kerjasama daripada Harley-Davidson dan Bucherer, syarikat jam Swiss dan barang kemas terkenal. Motosikal yang satu-satu seumpamanya dihasilkan bersempena dengan Bündnerbike yang meraikan pembikin jam dan barang kemas menjadikannya sebagai motosikal termahal di dunia.
Dengan nilai dianggarkan kira-kira USD1.79 (RM7.46 juta), Harley-Davidson Blue Edition ini dicipta dari model asas terdahulu Harley-Davidson Softail Slim S. Rangka motosikal dihasilkan dengan kemasan tanpa cacat cela bersama rim yang dihasilkan khusus untuk model ini.
Antara elemen rekaan yang eksklusif ialah rotating camshaft yang jelas kelihatan menerusi ‘tingkap’ di dalam camshaft housing dan juga valve control serta throttle valves yang disalut emas. Bagi menyerlahkan sisi modennya lampu LED tahan panas turut dipasang.
Selain itu beberapa bahagian motosikal ini turut disalut dengan emas bagi menyerlahkan lagi elemen mewah yang dibawa oleh motosikal yang dibina dengan mengambil masa lebih 2500 jam tenaga kerja.
Pakar-pakar dari Bündnerbike mengambil masa kira-kira stahun untuk menyiapkan rekaan dan menyiapkan projek motosikal yang berjaya melakar sejarah baru dalam industri permotoran. Dengan seramai lapan orang tenaga mahir dari kedua-dua syarikat motosikal yang turut dihiasi berlian 5.40 karat.
Setakat ini masih belum jelas sama apa yang kdua-dua syarikat iaitu Harley-Davidson atau Bucherer ingin lakukan terhadap motosikal ini selain membawa perhatian ramai terhadap mereka.
Mungkin ia telah menjadi milik bilionair yang gilakan motosikal atau ia tersergam indah di dalam muzium atau gedung istimewa Harley-Davidson?
Apa pandangan anda terhadap motosikal mewah berkuasa besar seperti ini? Now, this is what we called… ‘big boys toys’!