Motosikal mati tiba-tiba perkara yang biasa bagi ‘rider’. Ketika dalam perjalanan menaiki motosikal, jika motosikal anda tiba-tiba mati di tengah jalan, sudah pasti perasaan panik akan melanda.
Apa perlu dibuat?
Jika motosikal terhenti secara mendadak, pastikan anda mengambil langkah yang terbaik untuk menjaga keselamatan sambil mencari cara mengatasi masalah tersebut. Kekal tenang, dan patuhi tip yang dikongsikan.
1.Pastikan keselamatan diri anda terlebih dahulu
Apabila motosikal mati, perlahan-lahan tolak motosikal ke bahagian bahu jalan atau tempat yang selamat daripada aliran kenderaan. Hidupkan isyarat lampu atau isyarat bahaya agar pemandu lain boleh melihat anda.
Sekiranya kejadian berlaku ketika anda menggunakan lorong motosikal di lebuhraya, pastikan anda menolak motosikal keluar sepenuhnya daripada jalan raya kerana lorong tersebut agak sempit dan berbahaya kepada pengguna lain kerana anda sukar dilihat.
2.Matikan sistem motosikal sepenuhnya
Jika motosikal mati disebabkan oleh masalah elektrik, pastikan kunci motosikal anda di dalam kedudukan “Off” dan semua sistem elektrik seperti lampu dan pengapian dimatikan untuk mengelakkan sebarang litar pintas daripada bateri.
Jangan sangka sebiji bateri pada motosikal tidak mampu untuk menyalakan api dan membakar keseluruhan motosikal akibat daripada litar pintas pada sistem motosikal.
3.Periksa tangki bahan bakar
Pastikan anda mempunyai bahan bakar yang mencukupi. Jika motosikal mati kerana kehabisan bahan bakar, perlu mendapatkan bahan bakar terlebih dahulu.
4.Cuba hidupkan semula motosikal:
Cuba hidupkan semula motosikal dengan menghidupkan enjin semula. Pastikan enjin dalam kedudukan “Neutral” dan cuba hidupkan dengan menghidupkan kunci dan menggenggam brek.
Kadang-kadang terjadi enjin motosikal tidak dapat dihidupkan berpunca daripada titsan air yang masuk ke dalam palam pencucuh atau karburator. Jika ya, apabila air telah kering kebarangkalian motosikal dapat dihidupkan semula adalah tinggi.
- Periksa keadaan bateri motosikal
Jika enjin tidak dapat dihidupkan semula, periksa bateri. Bateri yang lemah atau habis boleh menyebabkan enjin mati. Jika perlu, gunakan “jump start” motosikal menggunakan bateri daripada kenderaan lain.
6.Periksa punca bahan bakar
Periksa jika terdapat masalah pada sistem pengapian atau pengisian. Kadang-kadang, masalah pada penyalaan atau pengisian boleh menyebabkan motosikal mati terutama pada palam pencucuh serta coil pada bahagian kenderaan.
7.Dapatkan bantuan:
Jika anda tidak dapat mengatasi masalah sendiri atau jika masalah yang lebih serius terjadi, dapatkan bantuan daripada seorang mekanik atau perkhidmatan penundaan untuk membawa motosikal anda ke bengkel.
Artikel ini diambil dan diolah dari Roda Panas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI