Bagi generasi sekarang mungkin ramai yang tidak sempat melihat kelibat motosikal legenda ini di atas jalan raya.
Mungkin bagi anda yang berusia 30 dan 40-an masih sempat mengenali motosikal ini. Inilah antara model motosikal kapcai terawal diperkenalkan di negara kita. Malah ia juga menjadi kebanggaan generasi datuk nenek kita yang banyak memberi jasa.
Inilah HONDA C50 yang kini boleh kita anggap sebagai motosikal klasik. Tampil dengan rekaan yang cukup ringkas namun mendahului zaman pada era ia diperkenalkan.
Boon Siew Honda merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa motosikal ini ke Malaysia apabila diberi kepercayaan oleh syarikat gergasi Jepun itu untuk menjadi pengedar rasmi.
HONDA C50 merupakan antara model terawal diperkenalkan. Namun pada ketika itu HONDA C50 didapati tidak berapa sesuai dengan keadaan lanskap Malaysia pada ketika itu. Kemudian lahirlah Honda C70 yang menjadi motosikal paling popular pernah wujud di negara kita.
Jadi tidak hairanlah mengapa Honda C50 jumlahnya lebih sedikit atau ‘rare’. Pada masa kini Honda C50 cukup popular diubah suai terutamanya oleh peminat motosikal dragster.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang mendapati harga Honda C50 kini agak tinggi. Rata-rata harga bergantung kepada kondisi dengan harga di antara RM2000 sehingga mencecah RM11,000!
Siapa sangka motosikal kapcai seperti ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran sekarang. Buat anda yang mungkin mewarisi motosikal ini sekarang adalah masa untuk lakukan restoration semula.
Ini satu pelaburan yang berbaloi!
Mencari aksesori motosikal pada harga berpatutan? Anda boleh dapatkannya di sini!