Motosikal Aprilia Kini Ditawarkan Dengan Pemilikan Mudah Hasil Kerjasama Dreamshop & CIMB

Share

Kembalinya acara kemuncak Petronas Grand Prix of Malaysia yang dahulunya dikenali dengan nama MotoGP Malaysia merancakkan kembali sukan permotoran dua roda di negara kita.

Salah satu pengeluar yang kini turut bersaing dalam kejuaran perlumbaan motosikal terunggul dunia tersebut ialah jenama dari Itali iaitu Aprilia. Di kalangan peminat motosikal jenama Aprilia merupakan antara yang cukup digemari ramai.

Hasil kejuruteraan dari Itali sememangnya sangat popular dan diakui di antara terbaik di dunia. Buat anda yang ingin memiliki motosikal Aprilia, berita tentang tawaran pemilikan mudah yang diperkenalkan oleh platform e-dagang automotif tempatan, Dreamshop dan CIMB Bank merupakan satu berita baik.

Dreamshop mengumumkan kerjasama istimewa mereka bersama bank tersebut dalam menawarkan pelan bayaran ansuran mudah tanpa faedah sehingga 60 bulan. Menjelaskan perkara tersebut Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, Rosalie Lin berkata, “Ia merupakan suatu penghormatan buat kami untuk sekali lagi bekerjasama dengan CIMB Bank sejak jenama automotif pertama kami lancarkan di Dreamshop.

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, Rosalie Lin

“Sebagai salah satu bank terkemuka di ASEAN, CIMB Bank telah banyak memberi sokongan dan kerjasama berterusan dalam menyediakan produk rangkaian kewangan yang komprehensif untuk pelanggan kami.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan CIMB Bank dalam menawarkan Pelan Bayaran Ansuran Mudah tanpa faedah sehingga 60 bulan khas buat pelanggan Dreamshop yang ingin membuat pembelian model Aprilia melalui kad kredit CIMB Bank. Kami yakin tawaran eksklusif ini pasti akan menguja peminat sukan permotoran disamping meraikan acara Petronas Grand Prix of Malaysia,” tambahnya lagi.

MODEL TAWARAN

Manakala bagi Pengarah Eksekutif Didi Group, Jua Chow Wee pula melahirkan keterujaannya dengan komitmen kerjasama jangka panjang bersama Dreamshop.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa platform e-dagang bakal menjadi norma baharu memasarkan jenama-jenama motosikal terkenal.

Aprilia RS 660

Terdapat tiga model motosikal Aprilia yang ditawarkan oleh Dreamshop iaitu:

1) Aprilia SR GT 200 @ Dengan harga serendah RM362 sebulan
2) Aprilia SR GT 200 Sport @ Dengan harga serendah RM380 sebulan
3) Aprilia RS 660 @ Dengan harga serendah RM1,270 sebulan
(Harga di atas ialah berdasarkan Pelan Bayaran Ansuran Mudah tanpa faedah CIMB sehingga 60 bulan)

Selain itu, Aprilia SR GT juga akan menyertai PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober 2022.

Peminat Aprilia yang juga pemegang kad kredit atau debit CIMB Bank boleh menikmati harga promosi untuk tiket Aprilia MotoGP Tribune pada RM499 (harga runcit pada RM699) melalui Dreamshop untuk perlumbaan pada hujung minggu tersebut. Ia termasuk:

• Pas 3 hari di Grandstand (21-23 Oktober 2022)
• Tempat letak motosikal khusus Aprilia
• Cenderamata
• Makanan dan minuman pada hari Ahad

Promosi ini bermula hari ini sehingga 17 Oktober 2022 dan tiket boleh didapati di www.dreamshop.com.my. Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu, koleksi Aprilia MotoGP Edisi Terhad turut dijual pada diskaun sebanyak 10% di acara tersebut. Tawaran ini sah untuk pemegang kad CIMB Bank dari 5 hingga 23 Oktober 2022. Ia termasuk pembelian melalui Dreamshop dan terhad kepada 100 penebusan terawal, sementara stok masih ada.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim