Anda pasti sering berhadapan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bersenam, namun tidak kesampaian hanya kerana malas kan! Ataupun motivasi anda tidak begitu kuat sehingga menjadikan anda lemah dalam segala bab terutamanya pada pemakanan. Semua orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza dalam mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ada diantara anda yang mahu berat badan turun dengan cepat kerana anda perlu kelihatan menarik pada majlis perkahwinan bekas teman wanita anda nanti. Apa pun jua alasan anda, sentiasa fokus memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Maka, ini adalah beberapa langkah untuk anda fokus pada goal anda.
Mula dengan kadar segera
Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.
Tulis Goal anda
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit. Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Plan, plan, plan
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri. Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
Mulakan dengan perkara mudah
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan. Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Berdisiplin
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.