(Montblanc M) RED, Koleksi Eksklusif Montblanc Dalam Membantu Misi Memerangi HIV/AIDS

287

Siapa tidak kenal dengan Montblanc, jenama asal Jerman pengeluar barangan mewah yang terkenal dengan produk seperti alat tulis, jam, barang kemas, kaca mata, barangan kulit serta pelbagai lagi.

Di sebalik empayar perniagaannya, Montblanc juga tidak pernah menyisihkan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Terbaru Montblack telah memperkenalkan koleksi eksklusif yang seiring memberikan sokongan terhadap program memerangi HIV/AIDS di benua Afrika.

Koleksi yang dikenali dengan nama (Montblacc M) RED ini dilancrkan untuk mengumpul dana bagi membantu misi tersebut.

BACA: Jam Tangan Mewah Dalam Helmet, Tissot Perkenal Jam Istimewa Sempena MotoGP

Dengan kerjasama bersama organisasi (RED), Montblanc memperkenalkan koleksi produk istimewa iaitu beg bagasi dan juga peralatan menulis mewah eksklusif.

Kajian terbaru mendapati seramai 7 juta penduduk di Afrika merupakan pembawa HIV dengan seramai 240 ribu orang merupakan orang yang baru dijangkiti.

Menerusi kempen ini setiap jualan daripada koleksi (MOntblanc M) RED, Montblanc akan menyalurkan sebanyak €5 kepada (RED)’s Global Fund bagi membantu pelbagai program bantuan di Afrika.

Beg bagasi istimewa ini diperbuat daripada bahan red polycarbonate dengan kemasan kulit di bahagian pemegang serta perimeternya. Manakala untuk pen keluaran edisi istimewa ini pula mempunyai mekanisme snap dan penutup bermagnetik.