
Model dan selebriti yang popular di Berlin kini tampil dengan koleksi terbaru Monki dengan mengetengahkan konsep bercirikan peribadi yang kuat dari personaliti yang bernama Yang Zhang atau lebih sinonim dengan panggilan Kicki.
Kepada anda yang tidak mengenali Kicki, dia merupakan anak kelahiran China yang telah berjaya menempah nama di persada peragaan di Berlin. Antara sebab wanita ini sesuai untuk dijadikan penghias koleksi terbaru Monki kerana ciri Kicki yang bersahaja dan trendy menjadikan koleksi ketiga style crush Monki lebih terserlah.
Antara look yang diperagakan oleh Nicki adalah Streetwear dan suit klasik diberi nafas modern disesuaikan dengan konsep Monki yang lebih kepada longgar dan besar sejak ia diperkenalkan. Koleksi kali ini bukan saja menawarkan konsep pakaian ala kerja dan sukan, malah terdapat juga seluar dan blazer yang membuatkan anda mahu menjadikannya salah satu koleksi almari anda.
Monki mempunyai pelbagai pakaian dari atas hingga ke bawah termasuk jumpsuit. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Crush ini di mana-mana butik Monki dan Online bermula September 2018!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
UNIQLO Lantik Doraemon Hijau Sebagai Duta Kemampanan Global

MASKULIN berkesempatan menyaksikan pelancaran serta sidang media eksklusif dari UNIQLO secara panggilan video yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Pada majlis yang cukup istimewa tersebut UNIQLO mengumumkan pelantikan Doraemon versi hijau sebagai Duta Kemampanan Global (Global Sustainability Ambassador).
Menariknya Doraemon versi hijau yang tampil sebagai duta UNIQLO baharu ini turut dikenali dengan gelaran ‘Doraemon Sustainability Mode’. Selain itu, sepanjang kempen ini UNIQLO akan menggunakan logonya denganw arna hijau.
Ia bagi menunjukkkan usaha serta komitmen UNIQLO untuk merealisasikan mesej kemampanan alam sekitar dengan kuasa jenamanya dalam industri pakaian.
Menurut Pegawai Eksekutif Senior Kumpulan UNIQLO, Koji Yanai berkata mereka amat gembira dengan usahasama terbaharu ini bersama karakter yang cukup disayangi ramai.
“Sepanjang dua dekad yang lalu, UNIQLO telah mengambil pelbagai langkah memastikan inisiatif kemampanan menerusi perniagaan untik menyumbang kepada dunia lebih baik.
“Kami juga percaya impak pandemik COVID-19, transformasi sosial dan perubahan selesa pengguna memainkan peranan besar pada masa akan datang. Oleh itu, UNIQLO harus mendepani perkara ini dengan baik untuk pelanggan dan perubahan sosial tersebut,” ujarnya lagi.
Mengulas lebih lanjut tentang usaha sama UNIQLO, Doraemon versi hijau mezahirkan kegembiraannya untuk menjadi duta terbaik bagi kempen yang mengangkat kemampanan dunia lebih baik.
Pemilihan Doraemon yang juga merupakan produk asal Jepun dilihat seiring dengan objektif yang mahu dibawa jenama fesyen, UNIQLO.
Doraemon versi hijau ini akan muncul di setiap outlet UNIQLO di seluruh dunia dengan membawa kempen tersebut untuk kesedaran ramai. Selain itu, aktres popular Jepun, Haruka Ayase turut dilantik sebagai membawa peranan yang sedikit berbeza.
Beliau dilantik menjadi duta Duta Istimewa LifeWear UNIQLO. Nama-nama besar lain seperti legenda tenis, Roger Federer, Kei Nishikori, Shingo Kuneida, Gordon Reid, Ayumu Hirano dan Adam Scott juga memainkan peranan mereka sebagai duta jenamanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rupanya Ada Cara Nak Pakai Baju Kemeja Biar Nampak Lebih Kemas & ‘Smart’!

Baju kemeja bukan hanya dipakai ke pejabat atau majlis formal. Kini ramai yang minat memakai baju kemeja untuk acara santai.
Namun ramai yang hanya menyarungkannya saja tanpa mengetahui trik sebenar untuk memakai baju kemeja agar tampak kemas dan berkeyakinan.
Bagi memastikan anda tidak tersilap, jom kami kongsikan 5 trik bagaimana anda boleh kelihatan lebih kemas saat memakai baju kemeja.
1. Pakai singlet kelabu dengan kemeja putih
Ini kerana, singlet kelabu akan nampak lebih ‘matching’ dengan tona kulit. Berbanding jika anda memakai singlet warna putih di bahagian dalam, bayangan singlet itu nampak lebih jelas dari luar dan ini mencacatkan penampilan.
2. Lipat separuh sebelum lipat penuh
Agar lipatan pada lengan nampak sempurna dan lebih kemas, pastikan anda lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya secara penuh.
BACA: 14 Gaya Fesyen Yang Lelaki Selalu Buat Ini Rupanya Salah, Tolong Jangan Rosakkan Stail!
3. Sebelum ‘tuck ni’, tarik lebihan baju di belakang
jika anda ingin masukkan baju ke dalam seluar, pastikan anda tarik lebihan baju di bahagian sisi belakang. Ini penting agar baju lebih kemas, selain mengelakkan baju kemeja anda berkedut dan nampak menggelebeh.
4. Kemeja panjang ‘tuck in’, kemeja pendek ‘tuck out’
Baju kemeja yang bahagian bawahnya panjang direka untuk anda masukkan ia ke dalam seluar, manakala baju kemeja yang bahagian bawahnya pendek direka untuk diletakkan di luar. Pastikan anda tidak tersilap memakainya.


5. Guna ‘collar stays’ agar kolar tak lembik
Ruang kecil di bahagian kolar baju dibuat bertujuan untuk ‘collar stays’ (ruang untuk meletakkan plastik di bahagian kolar). Pastikan anda tidak membuangnya agar bahagian kolar baju kemeja anda kelihatan tegap dan tidak lembik.
Sumber: buzzfeed.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jam Tangan Mampu Milik 6 Selebriti Popular, Kasual Dan Bergaya!

Di dalam dunia gemerlap selebriti, aksesori seperti jam tangan seringkali menjadi simbol status dan gaya. Namun, tidak semua jam tangan yang dipakai oleh selebriti adalah mahal.
Berikut adalah senarai enam selebriti popular yang memilih jam tangan yang kasual namun bergaya dan yang penting, mampu milik.
1. Timex – Will Ferrell

Jam: Timex Camper (Kolaborasi Abu Garcia)
Will Ferrell, yang terkenal dengan koleksi jam tangan mewah seperti Zenith El Primero, pernah tampil di acara karpet merah dengan Timex Camper. Uniknya, jam ini adalah hasil kolaborasi eksklusif dengan Abu Garcia, sebuah syarikat peralatan memancing dari Sweden, yang hanya dijual di Jepun.
2. Casio – Bill Gates

Selebriti: Bill Gates
Jam: Casio Dive Watch
Bill Gates sering dilihat memakai jam tangan Casio dengan tali hitam. Walaupun beliau mampu memiliki jam tangan paling mewah di dunia, pilihan beliau terhadap Casio menunjukkan minatnya terhadap jam yang sederhana, praktikal, dan tahan lasak.
3. Casio MQ24-9B – Tyler, the Creator

Selebriti: Tyler, the Creator
Jam: Casio MQ24-9B
Selain mengumpul barang mewah seperti beg Louis Vuitton dan kereta vintaj, Tyler sering digambarkan memakai Casio MQ24-9B. Jam analog ringkas ini dikenali kerana harganya yang mesra poket tetapi menawarkan fungsi yang sangat baik.
4. G-Shock – Central Cee & Ed Sheeran
Selebriti: Central Cee, Ed Sheeran
Jam: G-Shock DW-6900
Central Cee, seorang rapper terkenal, sering dilihat memakai pelbagai model G-Shock sejak kecil. Ed Sheeran pula menambahkan jam tangan G-Shock dalam koleksi mewahnya, termasuk model hasil kolaborasi dengan John Mayer, iaitu G-Shock Ref. 6900-Subtract berwarna kuning cerah.
5. Supreme x The North Face x G-Shock – Olaolu Slawn

Selebriti: Olaolu Slawn
Jam: Supreme x The North Face x G-Shock
Artis yang berpangkalan di London ini memiliki koleksi jam tangan yang unik, termasuk jam G-Shock hasil kolaborasi dengan jenama streetwear terkenal Supreme dan The North Face.
6. MoonSwatch – Daniel Craig & Zlatan Ibrahimović
Danial Craig – Jam Tangan
Selebriti: Daniel Craig, Zlatan Ibrahimović
Jam: Omega x Swatch MoonSwatch
Kolaborasi antara Omega dan Swatch menghasilkan MoonSwatch, yang dengan cepat mendapat perhatian ramai termasuk selebriti seperti Daniel Craig dan Zlatan Ibrahimović. Dengan harga yang jauh lebih mampu milik daripada Omega asli, jam ini menjadi simbol gaya dengan sentuhan mewah
BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI