Bersihkan Kaki Anda

Pertama sekali, anda perlulah menjaga kebersihan kaki anda. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:

1. Berus Kaki

Bunyi macam mudah, tetapi sekadar memberus dengan air sabun semasa mandi masih tidak memadai. Tujuan utama adalah untuk menghilangkan bakteria dan sel kulit mati pada kulit.

Jadi, apabila anda membasuh kaki anda, exfoliate sekali dengan tuala, berus dan lain-lain. Jangan lupa untuk berus celah jari kaki ya.

2. Keringkan Kaki

Apabila sudah selesai membersihkan kaki, maka sebaiknya anda mengeringkannya dengan sempurna. Kelembapan, tidak kiralah ia peluh atau air, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

Oleh itu, ambil sedikit masa untuk mengeringkan kaki anda dengan sempurna dan jangan lupa, celah jari kaki!

3. Gunakan Sanitizer

Bunyi macam pelik, tetapi percayalah bahawa sanitizer tangan yang baik boleh membunuh kuman yang terdapat pada kaki dan mencegah pembiakan/pertumbuhan bakteria.

4. Gunakan Antiperspirant

Jenis antiperspirant yang anda letak di bawah ketiak itu juga boleh digunakan pada kaki. Cuma pastikan anda menyediakan yang khusus untuk ketiak dan khusus untuk kaki.

Sapukannya pada kaki yang kering dan bersih pada waktu malam. Ia boleh membantu kaki anda untuk kekal kering dan segar sepanjang hari.

5. Gunakan Serbuk

Anda juga boleh menggunakan beberapa serbuk di bawah untuk menghilangkan bau kaki. Antaranya adalah:

i. Bedak – ia boleh mengeringkan kaki anda, pada masa yang sama mempunyai wangi-wangian.
ii. Baking soda – memberikan sifat alkali yang tidak sesuai untuk bakteria.
iii. Corn starch (kanji jagung) – membantu menyerap peluh.

Segarkan Kasut

Selain daripada penjagaan kebersihan kaki, anda juga perlu titikberatkan kebersihan kasut dan selipar anda. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Pakai Sandal Atau Selipar

Memakai sandal atau selipar membenarkan peredaran udara sekitar kaki anda, menjadikannya sejuk dan mencegah daripada mengeluarkan peluh yang banyak. Apabila anda berpeluh, ia akan cepat kering kerana persekitaran membantu.

2. Tukar Stoking Setiap Hari

Stoking menyerap peluh apabila anda memakainya, dan ia akan kering apabila anda membukanya. Apabila anda memakai kembali stoking yang sudah digunakan semalam, ia akan mengeluarkan bau peluh.

IKLAN

Oleh itu, tukar stoking setiap hari, terutama apabila kaki anda berpeluh dengan banyak.

Semasa anda membasuh stoking pula, pastikan anda terbalikkannya, agar sel kulit mati boleh dikeluarkan dengan sempurna.

Pada masa yang sama, cuba dapatkan stoking yang diperbuat daripada benang atau bulu. Jenis kain yang tidak menyerap, seperti nilon boleh memerangkap kelembapan pada kaki anda.

3. Gunakan Baking Soda

Baking soda boleh menyerap kelembapan dan bau pada stoking. Setelah anda gunakan stoking, anda boleh letakkan baking soda padanya.

4. Bertukar-Tukar Kasut

Anda dinasihatkan agar bertukar-tukar kasut agar boleh memberikan masa untuknya kering.

5. Kerapkan Basuh Kasut

Basuh dengan sabun dan rendamnya semalaman. Kemudian, pastikanya betul-betul kering sebelum anda menyarungnya.

6. Buka Kasut

Apabila ada peluang, buka kasut anda. Ini boleh membantu kaki dan kasut anda kekal kering.

Gunakan Remedi Untuk Menghilangkan Bau Kaki

Mahukan cara alternatif untuk menghilangkan bau kaki? Berikut adalah beberapa cara yang boleh diguna pakai.

1. Gunakan Peluntur

Masukkan 2 sudu teh peluntur ke dalam satu gelen air suam. Celupkan kaki anda ke dalam air tersebut selama 5-10 minit setiap hari selama seminggu.

IKLAN

Gunakan peluntur semasa mencuci stoking anda. Rendamkannya selama 30 minit, kemudian bilas. Keringkan dengan sempurna sebelum memakainya semula.

2. Rendam Dalam Teh

Rendamkan kaki anda ke dalam teh selama 30 minit setiap hari selama seminggu. Tannic acid yang terkandung di dalam teh boleh mengeringkan kulit anda.

3. Gunakan Air Garam

Masukkan satu sudu besar untuk setiap 1 liter air. Kemudian, rendamkan kaki anda selama 30 minit.

Selepas rendaman, biarkannya kering tanpa sebarang bilasan.

4. Gunakan Campuran Baking Soda

Masukkan satu sudu teh serbuk baking soda untuk setiap 1 liter air. Kemudian rendamkan kaki anda.

Ia boleh memberikan kulit anda lebih beralkali, yang mana boleh mencegah pembiakan bakteria.

5. Guna Campuran Cuka

Kali ini, ia akan menyebabkan kulit lebih berasid. Apabila kulit terlalu berasid, ia tidak sesuai untuk pembiakan bakteria. Tiada bakteria, tiada bau.

Masukkan 1/2 sudu cuka untuk setiap 1 liter air. Kemudian, celupkan kaki anda.

IKLAN

6. Masukkan Bedak Bayi Ke Dalam Kasut

Masukkan bedak bayi atau baking soda ke dalam kasut dan stoking anda boleh mempercepatkan proses pengeringan.

Mohon Terasa Mereka Yang Mempunyai Masalah Kaki Berbau, Baca Ini!

Tips Tambahan Atasi Kaki Berbau

1. Sekiranya anda dalam keadaan terdesak, boleh gunakan tisu swipe untuk membersihkan kaki.

2. Pastikan anda mendapat nutrisi zink yang mencukupi, kerana kekurangannya boleh menyebabkan kepada bau kaki.

3. Gunakan deodorant yang bersifat pepejal, bukannya cecair.

4. Tekanan dan stress boleh membawa kepada perpeluhan. Cuba elakkannya. Sila baca artikel ini.

5. Basuh kaki sekurang-kurangnya sekali sehari.

6. Kerapkan bertukar stoking.

7. Jangan sesekali pakai kasut tanpa stoking.

8. Sentiasa bawa stoking lebihan.

Amaran

1. Bau kaki boleh juga disebabkan oleh jangkitan atau ringworm, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor.

2. Semasa mencuci kaki semasa mandi, berhati-hati kerana ia lebih licin dengan sabun di kaki.

SUMBER : PETUA SAYA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI