Anda tidak perlu bimbang untuk merentas negeri kerana kini sudah ada cara yang membolehkan mereka yang terkandas di kampung merentas negeri untuk ke kediaman masing-masing menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia.
Anda boleh memohon Aplikasi Gerak Malaysia ini bermula 26 April 2020 hingga 29 April 2020 menggunakan ‘Application Store’ seperti ‘Google Play Store’, ‘Apple App Store’ dan ‘HUAWEI AppGallery’.
Aplikasi Gerak Malaysia
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu siaran media PDRM berkata aplikasi mudah alih dalam talian itu dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
“Melalui aplikasi ini, kod QR (kod respon pantas) unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya sekali gus memudahkan pergerakan pemohon.
“Perlu diingatkan permohonan permit pergerakan ini bagi mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, semasa pendaftaran kali pertama, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon peranti yang digunakan serta alamat e-mel.
Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya meluluskan permit pergerakan.
“Permohonan melalui aplikasi ini juga dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti jumlah mereka yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.
Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik,” katanya.
Ads
Tarikh Pergerakan Bukan Bermula 1 Mei 2020
Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan siaran media menetapkan jadual perjalanan iaitu 1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan; 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang serta 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Namun dalam laporan BERNAMA, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa tarikh pergerakan kepada mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini.
Ismail Sabri berkata terdapat kekeliruan mengenai tarikh pergerakan tersebut apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula.
“Sebenarnya seperti yang saya sebutkan bahawa sehingga 1 Mei itu adalah pendaftaran melalui temu janji di balai polis.
Ads
“Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia dan sesiapa yang tidak mempunyai aplikasi tersebut boleh melaporkan ke balai-balai polis berdekatan melalui temu janji,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata selepas mendapat data dan maklumat daripada permohonan orang ramai itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan PDRM akan membincangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk menetapkan tarikh pergerakan tersebut.
Ismail berkata kerajaan tidak hanya melihat isu pergerakan merentas negeri membabitkan mereka yang kini di kampung dan ingin pulang ke destinasi masing-masing sahaja tetapi turut melihat kekangan lain dalam isu tersebut.
Ads
Katanya banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum membuat keputusan kerana masalah pergerakan itu bukan seperti isu membawa pulang pelajar di kampus ke kampung halaman masing-masing.
“Ia bukan kes yang jelas dan mudah tetapi melibatkan perkara yang besar seperti melibatkan kepulangan dari kampung ini, isunya banyak misalnya mereka yang tiada kenderaan untuk pulang, satu kenderaan lima orang misalnya (ia melanggar akta) kerana akta menetapkan iaitu satu pemandu sahaja. Jadi ini adalah antara perkara yang perlu diperhalusi,” katanya.
Selain itu Ismail Sabri berkata kerajaan juga mengambil maklum masalah yang dihadapi individu yang terkandas di bandar dan mahu pulang ke destinasi masing-masing.
Jelasnya ia susulan terdapat orang ramai bercuti di bandar sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Bagaimanapun Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang telah mencadangkan beberapa SOP yang dibawa ke mesyuarat bersama MKN dan KKM.
“Selepas mereka mencadangkan SOP tersebut, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat khas menteri-menteri untuk diluluskan. Selepas itu barulah tarikh pergerakan ditetapkan,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
Tahukah anda bahawa kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
10 RAMUAN BAHAYA DALAM MEE SEGERA
KALSIUM SULFAT : Kapur Paris.
ASID TARTARIK : Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
KALSIUM OKSIDA : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
BHT : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada buah pinggang.
PROPYL GALLATE : Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin
yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
PENTASODIUM TRIPHOSPHATE : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga
digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
PROPYLENE GLYCOL : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
POLYDIMETHYLSILOXANE : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
PEWARNA TIRUAN (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine) : Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Ini sangat gila. Saya akan berusia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya rasa saya peroleh kontrak ONE Championship sebelum saya peroleh lesen memandu saya. Jadi, ini sangat gila,” demikian ucap jaguh muay thai negara, Johan Ghazali yang nyata gembira dengan kemenangannya di kejohanan One Championship Thailand.
Kejayaannya pada Jumaat lalu itu sekaligus menjadikannya atlet termuda meraih kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,749) itu.
Video ucapan kemenangannya itu turut dimuat naik ke laman instagramnya dan laman instagram rasmi ONE Championship.
Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo itu berjaya menumpaskan lawannya, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO).
Pada pusingan kedua, Jojo menumbuk deras di bahagian perut Termilan lantas menjadikan petarung dari Rusia itu gagal bangun untuk meneruskan pertarungan.
Selain itu, kemenangan itu juga melayakkan Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak itu menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).
Sanggup Bangun Jam 6 Pagi Untuk ‘Bunuh Diri’ Di Gim
Dalam video berasingan, Jojo yang ditemani jurulatihnya Addy Singpayak memberitahu yang kesungguhan, disiplin dan tumpuan penuhnya merupakan antara faktor yang membolehkannya mengecapi kejayaan berkenaan.
“Anda boleh tanya jurulatih saya, sayalah pelatih yang paling bekerja keras. Saya berlatih lebih keras dari orang lain. Saya rasa apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah, saya tidak perlu bertarung seperti petarung-petarung Thai. Saya pilih untuk bertarung kerana saya sukakan muay thai dan saya seronok dengan gaya hidup ini.
“Saya sanggup bangun pada jam 6 pagi dan ‘bunuh diri’ saya di gim kerana saya sukakannya. Jadi, saya rasa itulah perkara yang membezakan saya, iaitu kesanggupan melakukan perkara ini bukan kerana saya perlu lakukannya.
Kontrak ONE Championship Thailand diberikan untuk tempoh dua tahun membabitkan enam pertarungan dan jika berjaya menang dengan KO, petarung boleh menerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500).
Untuk rekod, Jojo kini telah memenangi empat pertarungan, dimana dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand sebelum ini, iaitu Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.
Daripada empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO.
Jojo, atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar merupakan petinju Malaysia/Amerika, demikian menurut laman web ONE Championship.
Walaupun memiliki darah campuran melalui ayahnya, warga Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat, Jojo dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Sarawak.
Deodoran – Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
Bercukur – Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
Pakaian ketat – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
Minyak wangi : Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
Pemilihan deodorant : Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.