Permintaan hand sanitizer menjadi semakin tinggi di Malaysia kesan daripada penularan wabak COVID-19 sehingga membuatkan orang ramai sukar untuk mendapatkannya.
Lantaran itu, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk hand sanitizer jenamanya sendiri selepas mendapati stok produk hand sanitizer semakin berkurangan di pasaran.
Menerusi satu klip video yang dikongsi di Instagram miliknya, Safawi mengharapkan agar produk hand sanitizer ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia, selain berharap benda ni tidak berleluasa di mana-mana.
“Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah,” ujarnya dalam klip video berkenaan.
Dalam klip videonya yang lain, beliau turut meluahkan rasa kebimbangannya dengan peningkatan kes COVID-19 dari sehari ke sehari dan menasihati orang ramai agar selalu membersihkan diri serta sanitize tangan apabila bersentuhan kerana berkemungkinan risiko dijangkiti tetap ada.
“Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia, wabak Covid-19 ni sangat bahaya kalau kita x bendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.
“Saya sebagai Athlete sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March..
LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus,”