MODENAS Pulsar RS200 & Dominar D400 Turun Harga, Ini Masa Terbaik Kalau Nak Beli

Share

Buat anda penggemar motosikal berkuasa sederhana, berita yang diuar-uarkan oleh MODENAS ini pastinya seperti alunan muzik di telinga.

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengumumkan penurunan harga lebih dari 10 peratus bagi dua jenis modelnya bermula 8 Mac yang lalu.

Dua model motosikal tersebut ialah MODENAS Pulsar RS200 dan MODENAS Dominar D400. Dengan pengenalan harga terbaru ini kedua-duanya dipasarkan pada harga RM9,900 bagi Pulsar RS200 (turun RM1,360) dan Dominar D400 pada harga RM13,788 (turun RM1,700).

MODENAS Pulsar RS200

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan pengurangan harga ini adalah seiringan dengan pengurangan kos pembuatannya terhadap kedua-dua model motosikal tersebut.

MODENAS Dominar D400

Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran, Modenas mengurangkan kos pengeluaran Pulsar RS200 dan Dominar D400, menjadikan kedua-dua model popular itu lebih mampu milik untuk semua peminat jentera dua roda Malaysia” katanya.

Buat pengathuan anda, MODENAS Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ manakala, MODENAS Dominar D400 pula dalam kategori ‘sport-tourer’.
Dua model motosikal ini turut dilengkapi silinder tunggal, sejukkan cecair, 4-lejang SOHC serta sistem DTS-i dengan suntikan bahan api.

Published by
Farizul Izwany