Automotif

Modenas Ninja 500, Sportbike Rekaan Agresif Dengan Harga Mampu Milik

Share

Begitu ramai peminat motosikal cukup menantikan berita baik ini! Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad melancarkan dua model terbaharu yang bakal menarik perhatian ramai, Modenas Ninja 500 dan Modenas Ninja 500 SE.

Model ini merupakan tambahan baharu yang bakal menarik perhatian penggemar motosikal di Malaysia.

Ini terutamanya dalam segmen sukan ringan. Dengan jalinan erat bersama Kawasaki, MODENAS terus memberikan pilihan motosikal yang menggabungkan prestasi, teknologi moden, dan harga berpatutan.

Modenas Ninja 500

Modenas Ninja 500 direka khas untuk mereka yang mencari keseimbangan antara prestasi, kawalan, dan keselesaan dalam tunggangan harian.

Dilengkapi enjin selari berkembar 500cc yang baharu, motosikal ini menawarkan kuasa yang lancar dan responsif. Lantas menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman tunggangan lebih sporty tanpa mengorbankan keselesaan.

Antara ciri menarik Ninja 500:

  • Enjin 500cc selari berkembar yang direka baharu, memberikan kuasa lebih lancar dan responsif.
  • Casis ringan berasaskan model 250cc yang meningkatkan pengendalian dan kestabilan.
  • Lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih baik serta rekaan yang lebih moden.
  • Sistem kesambungan telefon pintar, membolehkan penunggang memantau data tunggangan dengan mudah.

Modenas Ninja 500 ditawarkan dalam satu warna iaitu Hitam dengan harga RM28,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Modenas Ninja 500 SE

Bagi mereka yang mahukan lebih kecanggihan dan teknologi terkini, Ninja 500 SE hadir dengan tambahan ciri premium yang meningkatkan lagi pengalaman tunggangan.

Direka untuk mereka yang inginkan lebih kemudahan dan ciri moden, varian SE tampil dengan keunikan tersendiri.

Ciri-ciri menarik Ninja 500 SE:

  • Port USB Type-C, membolehkan pengecasan peranti mudah alih ketika dalam perjalanan.
  • KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System), sistem kunci tanpa sentuhan untuk kemudahan maksimum.
  • Paparan TFT berwarna penuh, memberikan keterlihatan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Ninja 500 SE ditawarkan dalam dua warna iaitu Lime Green dan Hitam/Merah, dengan harga RM30,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Dengan pelancaran Ninja 500 dan Ninja 500 SE, MODENAS membuktikan komitmennya dalam memperluaskan penawaran motosikal berkualiti tinggi di pasaran Malaysia.

Berbekalkan teknologi moden, enjin berkuasa, serta elemen keselesaan yang dipertingkatkan, kedua-dua model ini pastinya akan menarik perhatian penunggang dari pelbagai lapisan – sama ada yang baru berjinak dengan motosikal sukan atau yang berpengalaman.

BACA: Side Mirror Kalau Pandai ‘Setting,’ Lagi Senang Nak Parkir Kereta

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi laman web rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia.

Adakah anda bersedia untuk mengalami sensasi baharu di atas jalan raya? Dengan Ninja 500 dan Ninja 500 SE, tunggangan anda kini berada pada tahap yang lebih tinggi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim