Automotif

MODENAS Kini Tampil Dengan Logo & Identiti Baharu, Tiada Lagi Logo Ikonik Gunung Jerai

Share

Jenama motosikal terkemuka di Malaysia, MODENAS telah melancarkan logo dan identiti baharu mereka, menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuhkan jenama mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen motosikal.

Maksud di sebalik logo baru MODENAS ini?

Jika logo lama yang diperkenalkan pada tahun 1996 menampilkan huruf M dengan imej Gunung Jerai, bagaimana pula dengan logo baharu ini?

MODENAS Kini Tampil Dengan Logo baru

Menurut MODENAS, logo tersebut diinspirasikan daripada huruf ‘M’ yang diambil daripada perkataan MODENAS. Simbol M itu pula digayakan dalam bentuk yang lebih moden dan berani.

Logo baharu MODENAS membawa maksud tersendiri Huruf M tersebut diletakkan di dalam bulatan yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.

Selain mengekalkan warna biru dan putih, logo baharu ini juga diperkenalkan dalam varian kelabu dan platinum MODENAS.

MODENAS Kini Tampil Dengan Logo & Identiti Baharu, Tiada Lagi Logo Ikonik Gunung Jerai

Elemen “Road Star” yang baharu merujuk kepada arah baharu jenama tersebut yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen terhadap pertumbuhan.

Varian baharu MODENAS Kriss 110 turut dilancarkan Sempena majlis pelancaran logo dan identiti baharu itu, MODENAS turut melancarkan varian terkini MODENAS KRISS 110.

Difahamkan, varian baharu itu lebih mesra alam dan menjadi model KRISS pertama yang menepati piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat. Ini sekaligus mempamerkan komitmen MODENAS terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar global.

Malah, pelancaran model tersebut juga menandakan pasaran yang lebih luas bagi MODENAS ke arah inisiatif yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varian mesra alam pada masa hadapan.

Tahniah MODENAS!

Sumber: Kenyataan media MODENAS

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

IKLAN