Kenderaan empat roda kini bukan lagi sekadar medium pengangkutan untuk semata-mata. Dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini kita telah melihat pelbagai integrasi teknologi pintar telah mula diperkenalkan di dalam kenderaan.
Sama ada untuk membantu pemanduan menjadi lebih lancar atau pengalaman yang lebih menarik dengan pelbagai pengenalan teknologi infotaiment terkini, inovasi pintar dilihat berterusan memberikan tawaran hebat buat pengguna.
Sebagai salah sebuah pemain utama industri automotif, Volvo turut tidak ketinggalan untuk sentiasa memperkenalkan teknologi terbainya. Dalam usaha untuk terus melakukan eksplorasi teknologi, Volvo XC60 model terbaru hadir dengan lebih banyak teknologi dan inovasi terkini.
Diberi gelaran sebagai ‘the smarter XC60’, model terbaru Volvo ini hadir dengan beberapa pengenalan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, rekaan dalaman terkini dan juga integrasi teknologi pintar bersama Google Services.
Volvo XC60 juga menjadi indikasi kepada usahasama di antara Volvo dan Google bagi menawarkan sistem infotainment terbaik pernah dihasilkan. Integrasi bersama Google Services turut menyaksikan kemunculan Digital Services Package yang mengandungi kawalan suara Google Asistant.
Ia turut membenarkan pemandu untuk menggunakan arahan suara bagi pelbagai aplikasi berbeza seperti Google Map.
Jadi pemandu tidak perlu mengalihkan tangan dari stereng untuk melakukan sebarang tetapan seperti mencari lokasi di Google Map. Secara tak langsung bukan sahaja senang tapi lebih selamat.
“Model XC60 yang lebih pintar bersama Google Services bakal memberikan pengalaman infotainment terbaik di pasaran automotif. Ia benar-benar telah melonjakkan jenama kami untuk menjadi pengeluar kenderaan lebih selamat, jelas Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.
Volvo XC60 juga hadir dengan rekaan yang banyak dipengaruhi oleh elemen Scandinavian dengan beberapa penambah baikan di beberapa komponen luaran. Di antara yang paling ketara ialah gril bahary, bumper hadapan dan juga pemilihan warna lebih elegan pada bahagian dalaman.
Model yang lebih pintar ini juga turut hadir dengan beberapa mode pemanduan yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan pemandu. Volvo XC60 dilengkapi dengan enjin berkembar 4-silinder 2.0L bersama transmisi 8-kelajuan automatik Geatronics.
Enjinnya turut diberikan lebih kekuatan dengan bantuan supercharger serta turbocharger yang menghasilkan sehingga 470 kuasa kuda dengan 640Nm torque.
Di antara ciri keselamatan terkini diperkenalkan menerusi Volvo XC60 ialah pengenalan sistem keselamatan terbarunya, Advanced Driver Asistance Systems (ADAS). Ia merangkumi teknologi mengelak perlanggaran, penetapan kenderaan di dalam lorong, auto-braking, Blind Spot Information System dan dilengkapi kamera luaran.
Model Volvo XC60 terbaru kini boleh disaksikan di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara. Sebarang tempahan juga boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Volvo Malaysia, www.volvocars.com/my.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN ya untuk update paling terkini!