Model Superbike Legenda Edisi Terkini Suzuki Hayabusa Dilancarkan Di Pasaran Malaysia

Share

Bagi peminat superbike di Malaysia mahupun peringkat global nama Suzuki Hayabusa bukanlah satu figura yang asing lagi. Dianggap sebagai salah sebuah superbike terbaik pernah dihasilkan dari negara Jepun, Suzuki Hayabusa sentias berada dalam kalangan superbike terpantas di dunia.

Selepas pengumuman dari Suzuki bahawa model Hayabusa akan dihasilkan semula dalam versi terbaru, kini ia sudah direalisasikan dengan penampilan yang cukup hebat. Dalam pengumuman sama, Suzuki Malaysia selaku pengimport, pengedar dan pemasang eksklusif untuk motosikal Suzuki, ATV serta aksesori turut mengumumkan kemunculan enam model motosikal yang lain.

Foto: Suzuki

Namun yang paling menyerlah pastinya Suzuki Hayabusa yang lahir pada lewat tahun 90-an. Menurut Suzuki, model terbaru Hayabusa ini merupakan generasi yang ketiga serta bakal menyaksikan banyak perubahan buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun.

Hadir dengan konsep ‘Ultimate Sport’, penampilan Suzuki Hayabusa terbaru ini mewarisi identiti dari generasi pertamanya dahulu.

Foto: Suzuki
Foto: Suzuki

Dengan saiz tangki 20 liter, superbike ini dijana oleh enjin berkuasa 1,340 cc dengan power outpuit 190 PS pada 9,700 rpm dan 150 Nm torque pada 7,000 rpm. Dengan saiznya yang tidak banyak berubah model terbaru ini hadir dengan berat 264 kg dengan ketinggian tempat duduk pada 800 mm.

Selain itu, motosikal berkuasa besar yang mantap ini turut dilengkapi sistem brek canggih dari Brembo berserta kaliper Stylema berkembar pada roda hadapan. Manakala di bahagian haldapannya pula diperuatkan dengan fork terbalik KYB dan juga semi-elektronik monoshock pada bahagian belakangnya.

Foto: Suzuki

Ia juga dilaporkan dilengkapi dengan teknologi Suzuki Intelligent Ride Systems (SIRS). Ia merupakan sistem yang mampu membantu penunggang memilih corak pra-tetapan 5 sistem kawalan elektronik berbeza. Ciri berbeza tersebut terdiri daripada Power Mode Selector, Anti-lift Control System, Bi-directional Quick Shift System, Engine Brake Control System dan juga Motion Track Traction Control System.

Foto: Suzuki

Model Suzuki Hayabusa terkini ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM111,200 dengan tiga variasi warna berbeza iaitu Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red and Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue.

Jika anda peminat model superbike legenda ini, ia kini dipertontonkan di pusat pameran serta jualan Suzuki Malaysia.

Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN, https://t.me/maskulinmy untuk update terkini daripada kami!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim