MODEL PRODUKSI VW KOMBI BAKAL DIKELUARKAN PADA 2022

Share

Buat peminat Kombi…ini berita baik buat anda. Model yang cukup sinonim dengan jenama Jerman dan zaman gypsie itu akan melakukan kemunculan semula pada 2022. Berita ini disahkan sendiri oleh Volkswagen (VW).

Model berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama di beberapa negara itu bakal menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Model konsep minibas itu yang dikenali dengan nama I.D. Buzz didedahkan pada Concours d’Elegance di Pebble Beach, California.

I.D. Buzz berwarna kuning lemon dan kelabu itu masih mengaplikasi garisan badan dari Kombi. Pihak VW menjadikan ruang kabin lebih lapang berbanding sebelumnya dengan bumbung panorama besar untuk pencahayaan tambahan.

Walaupun masih di peringkat model konsep, model yang dipertontonkan berkenaan berfungsi sepenuhnya. Ia didatangkan dengan stereng berbentuk segi empat tepat yang boleh ditarik secara elektrik. Pengguna tekan sahaja logo VW di tengahnya untuk mengalihkan kedudukan. Selain itu, pada bahagian depan ia dipadankan dengan lampu LED seiring  abad ke-21.

Ciri tersebut menjadikan I.D. Buzz bersedia untuk masa depan seiring dengan konsep zaman itu yang mana  kereta akan memandu sendiri. Bahagian kerusi depan juga boleh berpusing 360 darjah bagi memudahkan penumpang berborak secara bersemuka ketika kenderaan bergerak.

Minibas empat pintu itu boleh dipandu sejauh 430 kilometer dengan kuasa bateri 369hp. Kapasiti bateri 111kwh itu boleh di cas 80 peratus hanya dalam tempoh 30 minit. Walaupun tiada spesifikasi penuh dikeluarkan, model itu akan menggunakan platform kenderaan elektrik MEB.

Model produksi yang bakal dikeluarkan pada 2022 itu menyasarkan pasaran Eropah, China dan Amerika Utara. Pihak VW menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan elektrik untuk dijual. 

 

VIDEO

 

 

Published by
webadmin