Modal Murah & Boleh Tanam Pelbagai Sayur, Ini DIY Set Hidroponik

Share

Kaedah menanam dengan Hidroponik tanpa mengunakan tanah amat mudah dan praktikal diletakkan dikawasan keliling rumah. Sungguh seronok apabila salad, kangkung dan sawi yang ditanam menghasilkan sayuran segar dan dipetik sendiri.

Jom buat sendiri DIY set atau bekas Hidroponik , modal tak sampai RM20 tapi hasil pula lumayan macam dikongsi oleh lelaki bernama Abdul Sapawi Abdullah

ini.

Hidroponik Jimat Belanja RM 17

Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.

Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :

1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free
P/s : Free : Barang recyle yang ada banyak di sekeliling kita, tapi kita sahaja yang tidak anggap ianya amat berguna!

Usia baru seminggu selepas tanam

Letak span pada dasar cup minuman, kemudian benih di atas span. Satu cup letak 5-10 pokok.

Dalam tong adalah air yang dicampur baja AB. paras 1/4 cup minuman sahaja. Air ini kena tambah sebab selalunya akan kering 2-3 hari sebab pokok kangkung banyak makan air

Usia 3 minggu selepas tanam

Dah boleh tuai

Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4 kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?

Semoga bermanfaat.

Sumber: Abdul Sapawi Abdullah

Published by
Nana