Seluruh dunia kini betul-betul merasai bahang kehangatan final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Liverpool dengan juara bertahan dua tahun berturut-turut Real Madrid. Tapi apa yang menarik perhatian penulis ialah pemain prolifik Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan, walaupun pada hari perlawanan penting hujung ini.
Sudah pasti perlawanan itu menjanjikan aksi yang hebat antara kedua-dua pasukan gergasi ini. Real Madrid akan menentang Liverpool di Stadium NSC Olimpiyskiy Kiev, Ukraine pada Sabtu (Ahad, 27 Mei 2:45 pagi waktu Malaysia) dan peminat boleh menyaksikan perlawanan itu secara langsung di bermula jam 2:30 pagi, waktu Malaysia.
Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu apabila fakta menunjukkan dia akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.
Ads
Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, dia beragama Islam.
“Kejayaan saya hari ini datang dari Allah. Saya akan terbabit dalam banyak perlawanan penting pada bulan Ramadan ini, termasuk Piala Dunia, tetapi saya berniat mahu menghabiskan puasa 30 hari tanpa meninggalkannya,” kata Salah seperti yang dipetik portal Yenisafak.com.
Mengikut laman web SalahTimes.com, waktu berpuasa di Kiev pada 26 Mei ini bermula jam 2.32 pagi dan tamat jam 8.53 malam.
Ads
Waktu perlawanan pula ialah 7.45 malam, bermakna Salah akan turun bermain ketika dia masih berpuasa, jika tersenarai dalam kesebelasan utama.
Ads
Namun begitu, ada juga peminat yang yakin Salah tidak berpuasa pada hari berkenaan kerana dia sedang bermusafir.
“Kepada anda yang tertanya-tanya, Salah mungkin tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Mengikut ajaran Islam, mereka yang dalam perjalanan jauh dibenarkan untuk tidak berpuasa dan boleh menggantikannya pada tarikh lain,” tulis pengguna Twitter dengan nama @grizz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
Elakkan makanan beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
Panggang daging yang anda ingin makan
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
Kurangkan pengambilan harian produk tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Sumber : kevinzahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dedah isteri pernah merajuk, ‘hilangkan’ diri sebulan angkara fitnah curang.
Begitulah lumrah rumah tangga ada pasang surutnya, Datuk Yusof Haslam mendedahkan rumah tangganya dengan Datin Patimah Ismail pernah dilanda badai hingga menyebabkan isterinya merajuk dan menghilangkan diri selama sebulan.
Memetik sumber dari Harian Metro, Yusof ketika ditemui sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-41 berkata, akibat daripada khabar angin yang tidak benar mengenai dia dikatakan curang, Patimah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.
“Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.
“Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.
“Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.
“Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya.
Menurut Yusof, dia bersyukur hasil bantuan bapa mentuanya dia berjaya menemui keberadaan isteri dan mengajaknya pulang ke rumah walaupun proses memujuk memakan masa bertahun.
“Pada awalnya dia masih ‘keras’, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.
“Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.
“Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.
“Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya,” katanya.
Dalam pada itu, Patimah berkata, sepanjang sebulan menghilangkan diri banyak pengajaran yang dipelajari.
“Ketika belajar di sekolah pondok rata-rata tenaga pengajar saya memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan saya baru saja dengar gosip terus melarikan ke hujung dunia.
“Jadi insiden itu memberi pengajaran dalam hidup saya. Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun dia nampak agak panas baran tapi hatinya cukup lembut dan penyayang,” katanya.
Suatu ketika dahulu sukan bola sepak hanya dianggap sebagai karier kedua. Ketika era sukan bola sepak belum memasuki era profesional ramai pemain mempunyai pekerjaan lain. Bola sepak pula menjadi karier sampingan dan menjadi minat mereka.
Namun selepas industri bola sepak semakin berkembang dan hak pemain juga terbela, karier sebagai pemain kini boleh menjadikan mereka sebagai jutawan.
Pemain-pemain profesional terutamanya yang bermain di liga-liga utama Eropah kini dianggap antara bintang paling terkenal di dunia. Pengaruh yang dibawa oleh mereka sememangnya luar biasa. Jadi tidak hairanlah rata-rata pemain profesional mampu meraih pendapatan tinggi.
Selain gaji mingguan yang diterima mereka pelbagai tajaan sampingan dan penggunaan hak imej mereka dibayar pada harga cukup tinggi.
Siapakah pemain yang meraih pendapatn paling tinggi sepanjang tahun 2018?
Kelab: Paris Siant Germain
USD22.6 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD20.6 juta
Penajaan: USD2 juta
Pemain sayap berasal dari Argentina ini merupakan antara bintang yang pernah menyarung jersi Manchester United. Beraksi bersama pasukan bintang di Perancis, Angel Di Maria menjadi antara watak penting kebangkitan PSG.
Kelab: Manchester City
USD23 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD17 juta
Penajaan: USD6 juta
Pemain yang kini dianggap legenda hidup buat kelab Manchester City. Sejak beraksi bersama Manchester City pada tahun 2011, dia telah membantu kelabnya menjadi juara liga sebanyak 2 kali.
Kelab: Barcelona
USD26.9 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD19 juta
Penajaan: USD7 juta
Pemain yang tak pernah lekang dengan kontroversi. Bermula dari kisah handball menyelamatkan pasukannya di Piala Dunia kepada rentetan kes mengigit pemain lawan, Lusi Suarez kini dilihat sudah banyak berubah. Bekas pemain pujaan Liverpool kini bergelar sebagai antara penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak.
Selepas 13 tahun mencipta nama dan memungut pelbagai gelaran berprestij bersama Manchester United, Rooney kemudian pulan ke kelab boyhood, Everton. Dan kini dia berkelana ke Amerika Syarikat untuk beraksi bersama DC United. Bersama kelab barunya Rooney dibayar USD193,000 seminggu.
Kelab: Shanghai SIPG
USD27.4 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD25.9 juta
Penajaan: USD1.5 juta
Ketika prestasinya berada di puncak sewaktu bersama Chelsea, Oscar mengambil keputusan untuk berpindah ke China dan beraksi bersama kelab gergasi negara tersebut, Shanghai SIPG. Dengan gaji sebanyak USD515,000 seminggu, Oscar menjadi pemain bergaji paling mahal di Chinese Super League. Namun perpindahannya ke China mengakibatkan dia tersisih dari pasukan kebangsaan Brazil.
Kelab: Manchester United
USD29.5 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD25 juta
Penajaan: USD4.5 juta
Pernah bergelar pemain termahal di dunia dengan yuran perpindahan USD120 juta, Paul Pogba kini menjadi nadi utama kelab Manchester United. Terkenal dengan pelbagai gaya rambut di atas padang dia menjadi antara wajah penting buat Adidas.
Kelab: Real Madrid
USD34.6 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD28.6 juta
Penajaan: USD6 juta
Sehingga kini Gareth Bale bergelar sebagai pemain British paling mahal dalam sejarah. Perpindahannya dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid menyaksikan yuran perpindahan sebanyak USD115 juta telah dilaburkan. Sejak bermain bersama Real Madrid, Gareth Bale telah membantu pasukannya menjuari kejuaraan Eropah sebanyak 4 kali.
Kelab: Paris Saint Germain
USD90 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD73 juta
Penajaan: USD17 juta
Anak emas pasukan Brazil dan juga kelabnya, Paris Saint Germain (PSG), Neymar merupakan antara wajah bintang bola sepak paling dikenali di seluruh dunia. Dengan status itu maka tak hairanlah banyak jenama mengambilnya sebagai duta mereka seperti Red Bull, Gol Airlines, McDonalds, Gillette dan Nike.
Kelab: Juventus
USD108 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD61 juta
Penajaan: USD47 juta
Sebelum berpindah ke Juventus, Ronaldo mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak USD108 juta menerusia gaji dan penajaan. Namun selepas berpindah ke Juventus dia terpaksa menerima sedikit penurunan pendapatan untuk merealisasikan perpindahannya ke kelab gergasi Itali iaitu Juventus. Pemain Terbaik Dunia atau pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ini juga merupakan duta produk Nike, PanzserGlass, Herbalife dan banyak lagi.
Kelab: Barcelona
USD111 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD84 juta
Penajaan: USD27 juta
Dengan jumlah pendpaatan sebanyak USD111 juta setahun, Lionel Messi menjadi pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi di dunia. Juga pemenang lima kali Ballon d’Or, Lionel Messi kini dibayar USD667,000 seminggu oleh Barcelona. Kontrak Lionel Messi bersama Barcelona juga menyaksikan jumlah release clause USD835 juta!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.