Tidak dapat dinafikan pertandingan Ratu Cantik sedikit sebanyak mencuri perhatian para lelaki diseluruh dunia. Iyalah, lelaki memang sudah dikenali dengan naluri semula jadi untuk hargai segala jenis bentuk kecantikan, apatah lagi jantina berlawanan.
Terbaru kisah yang berbeza muncul dari negara matahari terbit yang cukup kontroversi. Pertama sekali pemenang Miss Japan merupakan seorang gadis kelahiran Ukraine. Namun itu bukanlah satu perkara yang menggemparkan kerana dia diselubungi kontroversi yang lain.
Karolina Shiino yang berusia 26 tahun dilaporkan terpaksa melepaskan mahkotanya selepas terdapat satu laporan tabloid mendedahkan hubungannya dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Karolina telah dimahkotakan sebagai Miss Jepun dua minggu lalu tetapi kemenangannya telah mencetuskan perdebatan awam kerana keturunannya.
Sementara beberapa orang menyambut baik pemahkotan warganegara yang dinaturalisasikan itu, yang lain berkata dia tidak mewakili ideal kecantikan tradisional Jepun.
Ditengah-tengah kehangatan perdebatan itu, sebuah majalah di negara tersebut menerbitkan artikel yang mendedahkan mengenai hubungan sulit Karolina dengan suami orang.
Artikel yang diterbitkan menerusi Shukan Bunshun melaporkan bahawa Karolina Shiino telah terlibat dalam hubungan dengan seorang pempengaruh dan doktor yang berkahwin. Lelaki tersebut pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen kepada orang awam.
Dalam respons awal mereka terhadap laporan minggu lalu, penganjur pertandingan mempertahankan Karolina Shiino dengan berkata dia tidak mengetahui lelaki itu berkahwin.
Walau bagaimanapun pada hari Isnin, penganjur berkata dia telah mengaku mengetahui tentang perkahwinan dan keluarga lelaki itu.
Dia telah meminta maaf kerana mengelirukan penganjur telah menerima peletakan jawatan gelarannya, kata Persatuan Miss Jepun.
Karolina juga dikatakan telah meminta maaf kepada peminat dan orang awam dalam satu kenyataan, di mana dia berkata dia telah bertindak kerana rasa takut dan panik sebagai respons kepada laporan tersebut.
“Saya benar-benar minta maaf atas masalah besar yang telah saya lakukan dan kerana mengkhianati mereka yang menyokong saya,” katanya.
BACA: “Kalau Tak Jadi Pelakon, Saya Mungkin Ahli Politik” – Jason Momoa Berazam ‘Selamatkan’ Dunia
Gelaran Miss Japan kini akan kekal kosong untuk selebihnya tahun ini, walaupun terdapat beberapa peserta lain yang hampir menang.
Pertandingan itu telah memahkotakan Karolina Shiino pada 22 Januari, menyaksikan dia merupakan individu berketurunan Eropah pertama yang diberikan penghormatan tersebut.
Karolina dilahirkan di Ukraine sebelum berpindah bersama ibunya ke Jepun ketika dia berumur lima tahun dan mengambil nama belakang ayah tirinya yang berbangsa Jepun.
Dia berbicara dan menulis dalam bahasa Jepun dengan fasih dan menjadi warganegara yang dinaturalisasikan pada tahun 2022.
Setelah menerima gelar tersebut, dia telah berkata dalam ucapannya: “Saya tidak diterima sebagai orang Jepun berkali-kali, tetapi saya penuh dengan rasa syukur kerana telah diakui sebagai orang Jepun hari ini.”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.