300 Push Up Sehari Dalam Sebulan, Ia Tak Mustahil & Anda Boleh Lakukannya!

Share

Membayangkan bagaimana untuk lakukan 300 push up dalam sehari pun sudah cukup buat ramai di antara kita berkerut dahi.

Adakah ia boleh dilakukan? “Macam mustahil je!” mungkin itu getus hati anda.

Sebenarnya ia boleh dilakukan tetapi bukanlah dalam tempoh sekelip mata. Untuk mencapai sasaran ini anda haruslah berlatih dengan betul dan mengikut teknik yang baik. Jadi bagaimanaka rutin luar biasa ini boleh dilakukan?

Pertama sekali sebelum buat anda harus ada benda ini. Nak tahu apa dia?

DISIPLIN!

Ya, kalau anda tak dapat mendisiplinkan diri baik berhenti baca artikel ini dan terus ke aertikel berikutnya. Jika anda semangat suam-suam kuku sahaja maka lupakanlah sahaja niat anda untuk capai sasaran itu.

Ini cara bagaimana anda boleh lakukannya!

SEPANJANG MINGGU PERTAMA

Ini masanya untuk anda uji ketahanan diri. Lakukan sebanyak mana push up

yang anda mampu tapi bahagikannya kepada 3 sesi sehari.

Sesi pertama: Lakukan pada waktu pagi selama 30 minit dengan 10 kali push up untuk 5 set. Rehat selama 30 saat antara set. Total push up anda lakukan, 50 kali.

Sesi kedua: Untuk sesi petang lebih elok jika anda lakukan selepas solat Asar. Lakukan semalam 30 minit dengan 10 kali push up untuk 5 set. Selang rehat selamat 30 saat. Jadi total push up, 50 kali.

Sesi ketiga: Sama juga untuk sesi malam, lakukan selama 30 minit dengan, 10 kali push up untuk 5 set, selang rehat 30 saat. Total, 50 kali.

JADI TOTAL PSUH UP SEHARI ANDA LAKUKAN IALAH 150 KALI SEHARI. CUBA MAINTAIN LAKUKAN INI SELAMA SEMINGGU.

BACA: 10 Teknik Sit Up Yang Boleh Anda Cuba, Barulah Perut Tu Jadi Six Pack!

SEPANJANG MINGGU KEDUA

Minggu kedua pula ialah masa untuk anda lakukan peningkatan. Apabila badan pun sudah selesa melakukan push up, ia masa sesuai untuk anda meningkatkan jumlah push up. Seperti minggu pertama bahagikan kepada 3 sesi sehari.

Sesi pertama: Lakukan selama 30 minit, 15 kalu push up untuk 5 set dengan rehat selama 30 saat. Total push up

75 kali.

Sesi kedua: Sama seperti sesi pertama, 15 push up untuk 5 set dalam masa 30 minit dengan selang rehat 30 saat. Total push up 75 kali.

Sesi ketiga: Ulangi langkah sama untuk sesi malam. Jumlah push up 75 kali.

UNTUK SETIAP HARI DALAM MINGGU KEDUA, ANDA TELAH LAKUKAN SEJUMLAH 225 PUSH UP SEHARI. CUBA LAKUKAN UNTUK SEMINGGU.

SEPANJANG MINGGU KETIGA

Apabila masuk minggu ketiga senaman push up bukan lagi menjadi satu masalah besar buat anda. Tambah push up menjadi sebanyak 100 kali dalam satu sesi. Bahagikan kepada 3 sesi sehari.

Sesi pertama: Sesi pagi selama 30 minit, lakukan 20 kali push up untuk 5 set dengan rehat selama 30 saat. Total push up 100 kali.

Sesi kedua: Sama seperti sesi pertama di atas. Total push up 100 kali.

Sesi ketiga: Ulangi rutin yang sama seperti sesi pagi dan petang. Total push up 100 kali.

ANDA KINI TELAH BERJAYA MELAKUKAN PUSH UP SEBANYAK 300 KALI SETIAP HARI. CUBA KEKALKAN MOMENTUM INI SELAMA SEMINGGU.

SEPANJANG MINGGU KEEMPAT

Masuk minggu keempat anda boleh kurangkan daripada tiga kepada kepada dua sesi. Dengan kemampuan sekarang, anda boleh bahagiakan kepada 2 sesi sehari sahaja.

Sesi pertama: Sesi pagi selama 30 minit, 15 kali push up untuk 10 set dengan rehat selama 30 saat. Total push up 150 kali.

Sesi kedua: Sesi petang selama 30 minit, 15 push up untuk 10 set dengan rehat selama 30 saat. Total push up 150 kali.

JADI TOTAL UNTUK SEHARI UNTUK 2 SESI ANDA TELAH LAKUKAN 300 KALI PUSH UP. TERUS LAKUKAN UNTUK SEMINGGU!

Bagi minggu-minggu seterusnya anda boleh cuba untuk capai sehingga 500 push up sehari. Tapi dengan syarat anda harus bijak membahagikannya kepada beberapa sesi dalam sehari.

Selamat mencuba!

Sumber: abangsado.com

Published by
Farizul Izwany