PAMERAN Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018) yang akan diadakan sepanjang tahun ini menjadi platform terbaik dan terbesar bagi syarikat peneraju industri sukan tempatan memperkenalkan produk mereka di peringkat antarabangsa.
Pakaian sukan & aksesori
kelengkapan sukan & fasiliti
Pendidikan sukan
Pertandingan sukan & acara
Makanan tenaga & kesihatan
Pemulihan sukan & santai
E-Sukan
Expo ini akan berlangsung pada 3hb – 5hb Ogos 2018 di PWTC, Kuala Lumpur dan Persada Johor Bahru pula pada 5hb – 7hb Oktoboer 2018. Sebanyak 212 ruang ruang pameran disediakan di PWTC, Kuala Lumpur dan 150 ruang pameran di Persada, Johor Bahru. MISFIT 2018 adalah satu platform yang dapat menghubungkan pengguna tempatan dan antarabangsa dengan pengeluar dan pengamal sukan dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan lagi ekosistem kesukanan negara.
MISFIT 2018 dijangkakan dapat menarik seramai 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Majlis perasmian Misfit 2018 disempurnakan Pengarah Anti-Doping Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz dan hadir sama ialah Pengarah Misfit, Mohsein Sharif.
Abdja optimis 60,000 orang akan mengunjungi Misfit 2018 dan berkeyakinan pemilihan lokasi itu mampu menarik lebih ramai pempamer untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan pada pameran tersebut.
“Misfit 2018 akan menyediakan 100 program sukan dan akan menampilkan 50 selebriti. Antara program yang diadakan ialah Kecergasan Wanita oleh Joanna Soh, Yoga oleh Atilia Haron, Bual Bicara daripada sembilan selebriti terkenal, pertunjukan fesyen dan sesi dialog,” katanya.
“Kami berharap Misfit 2018 menjadi hab sukan sekali gus memacu kepada sukan pelancongan dan mampu menyediakan kehidupan yang sihat,” katanya.